Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Sambal Tumis Sardin Petai Yang Sangat Sedap, Hidangan Paling Simple Tapi Sangat Menggiurkan!

Resipi Sambal Tumis Sardin Petai Yang Sangat Sedap, Hidangan Paling Simple Tapi Sangat Menggiurkan!

Kategori: ,

Sardin adalah salah satu makanan yang paling digemari oleh rakyat Malaysia dan juga masyarakat global. Di Malaysia, sardin di jual di dalam tin dan hanya perlu ditumis sahaja makan bersama nasi putih.

Dulu orang kata, kalau dah tiada duit. Makan sahaja sardin kerana murah, namun kini tak lagi kerana sardin sudah mahal dan setanding dengan harga ayam sekilo. Ini adalah resipi sambal tumis sardin petai yang sangat sedap dan terpaling simple.

Resipi Sambal Tumis Sardin Petai Yang Sangat Sedap, Hidangan Paling Simple Tapi Sangat Menggiurkan!

Resipi Sambal Tumis Sardin Petai ini dikongsikan oleh Nurul Joe dan dikongsikan semula di Facebook Page Aneka Resepi Makanan.

tumis sardin

Bahan-Bahan Sambal Tumis Sardin Petai:

  • 1 tin sardin
  • Petai
  • Kicap manis
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 10 tangkai cili padi*
  • 1 tangkai lada besar*

Nota: Bahan bertanda * perlu diracik

tumis sardin

Cara Penyediaannya Sambal Tumis Sardin Petai:

  1. Sardin digoreng sekejap tanpa sos hingga agak-agak perang, angkat dan ketepikan.
  2. Semasa menggoreng, tutup kuali untuk mengelakkan ianya meletup.
  3. Panaskan minyak yang sama dan goreng semula sardin tadi.
  4. Tumis bahan-bahan yang diracik dan masukkan sos sardin. Masak hingga mendidih.
  5. Tambah garam dan perasa secukupnya dan masukkan sedikit kicap manis.
  6. Masukkan ikan sardin yang sudah digoreng dan petai. Tumis sekejap dan siap

tumis sardin

Sambal Tumis Sardin Petai lagi sedap kalau dimakan dengan petai yang muda dan bau harum petai itu. Lagi selera untuk tambah nasi dan kenyang sampai ke malam.

Selamat Mencuba!

Kredit: Nurul Joe

Baca Juga: Resepi ‘Sardin Goreng Petai’ Pedas Terangkat Memang Tak Boleh Berhenti Makan, Sedap Sangat!

tags: | |