Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Resipi Sekaya Labu Yang Berlemak & Berkrim. Rasa Sejuk Di Tekak Memang Sesuai Dengan Cuaca Panas Sekarang.

Jom Cuba Resipi Sekaya Labu Yang Berlemak & Berkrim. Rasa Sejuk Di Tekak Memang Sesuai Dengan Cuaca Panas Sekarang.

Kategori: ,,

Sekaya labu merupakan pencuci mulut yang berasal dari Thailand. Pencuci mulut ini menggunakan labu sebagai bahan utama. Sekaya labu juga sesuai dimakan pada waktu pagi atau petang. Rasanya yang tidak terlalu manis juga menjadikan pencuci mulut ini disukai ramai.

Tambahan pula, kuih sekaya ini mempunyai pelbagai jenis seperti sekayu ubi, sekaya pulut dan sebagainya. Nama lain bagi sekaya labu ini adalah sangkaya fark thong dalam bahasa Thailand.

Jom Cuba Resipi Sekaya Labu Yang Berlemak & Berkrim. Rasa Sejuk Di Tekak Memang Sesuai Dengan Cuaca Panas Sekarang.

Resipi yang dikongsi oleh saudari Bibi Ongcinda ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk menyediakan pencuci mulut sekaya labu ini.

sekaya labu

Bahan-bahan

  • 8 biji telur (kalau ada telur itik, boleh campur ye)
  • 200gm gula kabung
  • 250gm santan
  • ½ sudu teh garam
  • Labu kuning (ikut suka nak banyak mana)
  • 10 helai daun pandan

Cara penyediaan

  1. Mula-mula, campur telur, garam, gula dan daun pandan. Gaul dan ramas-ramaskan ye (daun pandan tolong bagi hilangkan bau hanyir telur).
  2. Kemudian, masukkan santan sedikit demi sedikit (nak guna santan kotak @ santan segar pun boleh).
  3. Gaul biar gula larut. Pastikan basuh tangan bersih-bersih ye. Lepas tu tapiskan. Sementara itu, panaskan loyang
  4. Lepas loyang dah panas, masukkan labu yang telah dihiris dan masukkan telur santan yang digaul tadi.
  5. Kukus selama 30 minit (jangan buka api besar, nanti permukaan dia pecah, jadi tak cantik).
  6. Tunggu sejuk, boleh potong dan hidangkan. Kalau nak kurang manis, boleh kurangkan gula.

sekaya labu

Senang rupanya nak buat pencuci mulut sekaya labu ni. Bahan yang digunakan pun sikit je. Rugi tau tak cuba resipi cepat dan senang ni. Boleh jadi penyejuk tekak semasa cuaca panas macam sekarang.

Semoga resipi yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Sumber: Bibi Ongcinda

Baca juga: Kuih Tradisional Rakyat Kelantan & Terengganu, Kuih Tepung Bunga Guna Tepung Pulut & Teksturnya Lembut

 

 

 

 

tags: | | |