Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Shepherd’s Pie Cheese, Siapa Peminat Cheese Mesti Kena Cuba

Wanita Ini Kongsi Resipi Shepherd’s Pie Cheese, Siapa Peminat Cheese Mesti Kena Cuba

Kategori: ,
Shepherd's Pie Cheese

Shepherd’s Pie awalnya bernama cottage pie. Hidangan yang satu ini awalnya dibuat untuk memanfaatkan sisa daging panggang yang disantap di hari sebelumnya. Dagingnya bisa daging apa sahaja.

Cara membuatnya dengan melapisi loyang atau wadah keramik dengan adunan kentang lumat. Lalu menuangkan adunan isinya yang adalah daging panggang suwir atau cacah yang sudah dibumbui sekadarnya untuk memperkuatkan dan menegas rasa.

Jadi untuk kali ini, kami ingin berkongsi satu resipi daripada Noratiqah Nordin berkenaan resipi Shepherd’s Pie Cheese.

Wanita Ini Kongsi Resipi Shepherd’s Pie Cheese, Siapa Peminat Cheese Mesti Kena CubaShepherd's Pie Cheese

Bahan-Bahan:

  • 5 biji kentang
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan susu
  • 2 keping cheese
  • 3 sudu minyak
  • daging cincang
  • 6 sudu serbuk cheese
  • air panas ikut sukatan yang diperlukan
  • mozarella cheese (optional)Shepherd's Pie Cheese

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula rebus kentang dan letak sedikit garam.Shepherd's Pie Cheese
  2. Dah lembut, kita penyekkan dia.Shepherd's Pie Cheese
  3. Letak cheese untuk rasa lemak.Shepherd's Pie Cheese
  4. Letak sedikit lada sulah.Shepherd's Pie Cheese
  5. Letak susu segar lepastu gaul.Shepherd's Pie Cheese
  6. Letak sedkit garam nak bagi rasa sebati masin-masin sedikit.Shepherd's Pie Cheese
  7. Terliur sangat tengok kentang gebu-gebu.Shepherd's Pie Cheese
  8. Dah siap tu, letak la kentang dekat bekas untuk dibakar dalam oven nanti.Shepherd's Pie Cheese
  9. Ni proses nak goreng daging cincang. Panaskan minyak sikit untuk masak daging.Shepherd's Pie Cheese
  10. Haaa goreng sampai lah dia masak.Shepherd's Pie Cheese
  11. Dah siap goreng, tabur lah atas kentang dengan sekata ya.Shepherd's Pie Cheese
  12. Haaa tabur daging macam ni.Shepherd's Pie Cheese
  13. Ni nak masak cheese pula, panaskan air panas. Air dah panas. Masukkan serbuk cheese, ikut lah kepekatan macam mana korang nak.Shepherd's Pie Cheese
  14. Gaul-gaul dia.Shepherd's Pie Cheese
  15. Haaa kepekatan cheese dia macam ni.Shepherd's Pie Cheese
  16. Sapukanlah cheese atas daging cincang.Shepherd's Pie Cheese
  17. Nak lagi mantap, letak la mozarella. Bakar la dalam oven dengan suhu 150 selama 30 minit atau hingga masak.Shepherd's Pie Cheese
  18. Siap! Terliur kan tengok, bawah kentang ditutup dengan daging cincang dan diselimuti cheese.Shepherd's Pie CheeseShepherd's Pie Cheese Shepherd's Pie Cheese

Siap sudah Jadi hidangan Shepherd’s Pie Cheese ini. Selamat mencuba dan merasai semuanya.

Sumber: Noratiqah Nordin

Baca juga: “Coffee Yang Tolong Aku, Turun 30KG!” – Lelaki Ini Kongsikan Resipi Mudah Kopi Diet Yang Rendah Kalori & Low Budget!

tags: | |