Menu Sira Pisang Kelantan merupakan salah satu manisan atau pencuci mulut. Paling popur di negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Mana tak popular kalau rasanya memang sedap dan mudah sahaja nak memasaknya.
Bila tiba je bulan Ramadan, Sira Pisang Kelantan ni pasti akan menggoda sesiapa sahaja yang melihatnya. Ia boleh dilihat apabila hidangan ini banyak dijual di bazar Ramadan di setiap negeri, bukan sahaja negeri Pantai Timur.
Jom ikuti perkongsian Bahiah Saripuddin ini dan boleh buat di rumah.
Ini Resipi Sira Pisang Kelantan, Pembuka Selera Semasa Bulan Ramadan
Bahan-Bahan:
- 10 biji pisang – ikut selera
- 1/2 cawan gula
- secubit garam
- beberapa titik pewarna kuning
- 3-4 biji bunga cengkih
- 1 helai daun pandan
- 300 ml air – boleh agak sendiri
Cara Penyediaan:
- Mula-mula, masukkan air dan gula bersama bunga cengkih dan daun pandan. Biar gula larut dulu.
- Baru tambahkan garam.
- Letak la pewarna pilihan.
- Pisang ni potong suka hati. Nak belah dua ke, nak potong dua ke. Ini potong dua saja.
- Masukkan pisang dalam air yang dah sebati. Kacau atau usik sedikit saja.
- Biarkan masak selama 5 minit. Kemudian tutup api.
- Taraaa dah siap! Boleh ikut selera nak kuah banyak atau sebaliknya.
Dah siap! Sedap dimakan sebagai pencuci mulut ketika berbuka ataupun moreh. Bolehlah buat di rumah ya. Selamat mencuba dan menikmati, semuanya.
Sumber: Puan Bahiah Saripuddin
Baca juga: Cara Paling Sedap Buat Kordial Sirap Pandan, Tinggal Tambah Air & Ais Je Dah Settle Terus Boleh Hidang!