Jarang jumpa orang buat sotong kari kan? Selalunya hanya biasa makan kari ayam dan kari ikan. Rupanya sedap juga sotong kari ini.
Kalau ada yang mahu mencuba, boleh lihat resipi lengkap perkongsian oleh Nurul Ateekah di bawah. Selamat mencuba!
Cara Buat Sotong Kari Pekat Tanpa Santan
Bahan-bahan:
-
1 kilo sotong (dibersihkan)
-
2 tangkai daun kari
-
1 biji bawang besar (dihiris)
-
3 ulas bawang putih (dihiris)
-
1 cm halia (dihiris)
-
3 sudu perahan asam jawa
-
1 buah tomato (dibelah 6)
-
Daun ketumbar (2-3 sudu besar)
-
Minyak masak secukupnya
-
Serbuk perasa
-
Garam
-
Pes rempah kari (7 sudu besarserbuk kari ikan + sedikit air)
Cara-cara:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari. Masak sehingga sedikit keperangan.
- Kemudian, masukkan pes rempah kari dan gaul sebati. Sentiasa kacau, masak sehingga pecah minyak menggunakan api sederhana supaya rempah masak dengan sekata dan warna rempah kelihatan cantik.
- Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap.
- Selepas itu, masukkan sotong yang telah dibersihkan tadi dan masak seketika.
- Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
- Boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan. Tunggu kering seketika dan tutup api.
- Siap untuk dihidang.Jarang jumpa orang buat sotong kari kan? Selalunya hanya biasa makan kari ayam dan kari ikan. Rupanya sedap juga sotong kari ini.
Kredit: Nurul Ateekah