Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Sup Cendawan Shiitake Enak Seakan IKEA, Memang Sedap Hirup Panas-Panas

Resipi Sup Cendawan Shiitake Enak Seakan IKEA, Memang Sedap Hirup Panas-Panas

Kategori: ,,
sup cendawan shiitake

Sup merupakan hidangan yang menambahkan selera lebih-lebih lagi ketika seseorang itu sedang kekurangan selera makan akibat demam, misalnya.

Antara sup yang menjadi pilihan ramai adalah sup cendawan. Selain sihat, ia sememangnya sedap.

Jadi kali ini, Daily Makan ingin berkongsi satu hidangan Sup Cendawan Shiitake enak seakan IKEA yang menjadi kegilaan ramai.

Jom kita ikuti perkongsian resipi Sup Cendawan Shiitake enak seakan Ikea yang berkhasiat ini.

Resipi Sup Cendawan Shiitake Enak Seakan Ikea, Memang Sedap Hirup Panas-Panassup cendawan shiitake

Bahan-bahan:

  • sepeket cendawan shiitake – separuh racik dan separuh dikisar

Bahan dikisar bersama:

  • 6 keping keju
  • 1 kiub ayam
  • 6 sudu besar susu tepung
  • air secukupnya ikut kepekatan
  • 4 sudu besar tepung gandum – dibancuh dengan secawan air
  • sedikit daun parsley kering
  • garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Ambil bahan yang dikisar bersama, masukkan dalam kuali atau periuk bertangkai. Didihkan hingga mendidih dengan api yang sederhana.
  2. Apabila sudah mendidih baru masukkan bancuhan tepung, cendawan yang diracik dan bahan-bahan lain. Jangan tinggalkan kacau sehingga pekat.
  3. Kalau kurang pekat, tambah lagi bancuhan tepung tadi.sup cendawan shiitake sup cendawan shiitake sup cendawan shiitake

Dah siap! Pastinya hindangan Sup Cendawan Shiitake enak seakan IKEA ni lebih sedap dan berkhasiat. Selamat mencuba!

Sumber: NanaAziz

Baca juga: Cara Buat Cencaru Sumbat Air Fryer. Sambal Terletak Elok, Ikan Pun Kurang Berminyak!

tags: |