Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nak Makan Sup Jjampong Ala Korea Tapi Risau Tak Halal, Buat Sendiri Lagi Senang. Ini Dia Resipi Sup Jjampong Versi Halal.

Nak Makan Sup Jjampong Ala Korea Tapi Risau Tak Halal, Buat Sendiri Lagi Senang. Ini Dia Resipi Sup Jjampong Versi Halal.

Kategori: ,,

Jjampong adalah sebuah hidangan mi sup Cina Korea yang berwarna merah, pedas dan berasaskan makanan laut dengan gochutgaru atau serbuk cili. Sup Jjampong ini sangat popular bukan sahaja dalam kalangan rakyat Korea, orang luar turut menyukai sup ini.

Jjampong memiliki rasa kuah yang pedas dan dipenuhi dengan rempah ratus. Bahan utama yang digunakan untuk membuat jjampong ini juga adalah Halal.

Oleh sebab itu, Jjampong adalah makanan yang disyorkan Halal kerana tidak mengandungi daging babi.

Nak Makan Sup Jjampong Ala Korea Tapi Risau Tak Halal, Buat Sendiri Lagi Senang. Ini Dia Resipi Sup Jjampong Versi Halal.

Resipi Sup Jjampong ini telah dikongsi oleh saudari Sharinaz Redwan. Resipi ini juga pasti akan menggugat selera anda disebabkan oleh rasa kuah dan mi yang agak kepedasan.

Jjampong

Bahan-bahan

  • 1 bungkus mi gandum korea – boleh tukar guna mi kegemaran yang lain.

Bahan Untuk Kuah

  • 1 cawan isi ayam – potong dadu, gaul dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam
  • 6 ekor udang – kupas kulit
  • 10 ekor kupang – bersihkan
  • 4 ekor sotong

Nota: Anda boleh menggunakan seafood sahaja.

Bahan Air Rebusan

  • 1 sudu makan ikan bilis
  • 3 biji cendawan shiitake kering
  • 2 biji bawang besar ( holland)
  • 8 cawan air

Bahan Sayur & Perisa

  • Lobak merah – Hiris secukupnya
  • Daun bawang – Hiris
  • Kubis panjang (cina) secukupnya
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk
  • 1 inci halia – tumbuk
  • 3 sudu makan gochutgaru ( serbuk cili korea) – kurangkan jika kurang suka rasa pedas
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Minyak masak @minyak zaitun secukupnya
  • Garam secukup rasa

Jjampong

Cara Penyediaan

  1. Campurkan semua bahan air rebusan ke dalam periuk. Didihkan selama 20 minit menggunakan api besar. Kemudian kecilkan api dan biarkan merenih selama 10 minit. Tapis air rebusan dan ketepikan.
  2.  Dalam mangkuk kecil, campurkan 3 sudu makan gochugaru bersama 2 sudu makan minyak zaitun. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang putih dan halia.
  4. Kemudian masukkan isi ayam. Gaul sebati hingga agak-agak masak.
  5. Seterusnya masukkan sayur dan makanan laut. Cendawan yang direbus untuk air rebusan juga boleh dihiris dan dimasukkan bersama. Gaul seketika.
  6. Masukkan pes gochutgaru tadi.
  7. Gaul bahan hingga sebati dan bersalut rata.
  8. Tambahkan stok air @ air rebusan, sos ikan, minyak bijan, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh.
  9. Bila sayuran telah lembut, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
  10. Jika suka, boleh tambahkan hirisan rumpai laut sebelum dinikmati bersama mi atau nasi. Boleh juga dimakan begitu sahaja.

Jjampong

Sudah siap akhirnya Sup Jjampong kita. Tengok gambar pun dah tahu kesedapan dia macam mana. Apa tunggu lagi, jom cuba resipi sup jjampong ni. Mesti korang suka!

Selamat mencuba dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

Sumber: Sharinaz Redwan

Baca juga: Hidangan Ringkas Tapi Menyihatkan, Ini Dia Resipi Sup Sayur Kobis Yang Akan Meningkatkan Selera Makan Anda. 

tags: | | |