Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Ayam Goreng Yang Sangat Juicy, Jom Buat Resipi Taiwanese Fried Chicken! Sekali Ngap, Terus Menangis!

Resipi Ayam Goreng Yang Sangat Juicy, Jom Buat Resipi Taiwanese Fried Chicken! Sekali Ngap, Terus Menangis!

Kategori: ,

Mengidam betul nak makan kulit ayam dengan isi ayam yang sangat juicy tapi dalam masa yang sama, malas nak keluar. Terfikir juga, macam mana orang hasilkan ayam yang sangat rangup macam tu.

Seorang influencer Masakan kongsikan resipi Taiwanese Fried Chicken yang sangat juicy. Sekali ngap, terus anda menangis nak tambah lagi!

Resipi Ayam Goreng Yang Sangat Juicy, Jom Buat Resipi Taiwanese Fried Chicken! Sekali Ngapp, Terus Menangis beb

Resipi Taiwanese Fried Chicken ini dikongsikan oleh Hazwancooks di laman media sosial TikTok beliau. Beliau merupakan seorang influencer masakan yang berjaya di Malaysia.

Taiwanese Fried Chicken

Bahan-Bahan:

  • 2-3 pcs ayam – bahagian thigh
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil halia halus
  • 2 sudu kicap masin
  • Secubit gula
  • 1/2 sudu kecil lada putih
  • 1/2 sudu kecil chinese 5 spice

Taiwanese Fried ChickenTaiwanese Fried Chicken

Bahan-Bahan Selepas Perap:

  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu baking powder

Taiwanese Fried Chicken

Bahan-Bahan Perasa:

  • 1/2 sudu kecil sichuan pepper – ditumbuk halus
  • 1/2 sudu kecil garlic powder
  • 1/4 sudu kecil lada putih
  • 1//4 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada hitam

Taiwanese Fried Chicken Taiwanese Fried Chicken

Cara Penyediaannya:

  1. Sediakan dua atau tiga kepingan ayam bahagian thigh dan jangan buang kulit. Potong seketul-seketul dan asingkan ke dalam mangkuk yang lain.
  2. Di dalam mangkuk yang berisi ayam, masukkan bawang putih, halia, kicap masin, gula, lada putih dan chinese 5 spice. Gaulkan sehingga rata dan tutup dengan plastik wrap. Perap selama sejam sahaja.
  3. Untuk perasa pula, masukkan sichuan pepper yang ditumbuk halus, garlic powder, lada putih, gula, garam dan lada hitam.
  4. Selepas selesai perap, buang plastik wrap dan masukkan tepung jagung dan baking powder. Gaulkan.
  5. Kemudian, panaskan minyak panas dan barulah masukkan ayam telah digaulkan dengan tepung tadi dalam masa 3 minit sahaja. Masukkan daun basil goreng sekali.
  6. Angkat ayam di dalam kuali dan goreng sekali lagi untuk double fry untuk ‘extra crispy’.

Taiwanese Fried Chicken Taiwanese Fried Chicken

@hazwanramli

Episode 14 : Taiwanese Fried Chicken 😋🍗🤌🏻 Ingredients : 2-3 pcs ayam (part thigh) 3 ulas bwg putih 1 sk halia halus 2 sudu kicap masin secubit gula 1/2 sk white pepper 1/2 sk chinese 5 spice Lepas marinate : Tambah 1/2 cawan tepung jagung and 1/2 sudu baking powder Seasoning : 1/2 sk sichuan pepper (tumbuk halus) 1/2 sk garlic powder 1/4 sk white pepper 1/4 sk gula 1/2 sk garam 1 sk black pepper Sichuan pepper ni optional, kalau susah nak dapat takyah letak pon takpe. Goreng basil leaves and serve together. #hazwancooks #taiwanesefriedchicken

♬ original sound – Hazwan Ramli – hazwanramli

@hazwancooks Episode 14 : Taiwanese Fried Chicken 😋🍗🤌🏻 Ingredients : 2-3 pcs ayam (part thigh) 3 ulas bwg putih 1 sk halia halus 2 sudu kicap masin secubit gula 1/2 sk white pepper 1/2 sk chinese 5 spice Lepas marinate : Tambah 1/2 cawan tepung jagung and 1/2 sudu baking powder Seasoning : 1/2 sk sichuan pepper (tumbuk halus) 1/2 sk garlic powder 1/4 sk white pepper 1/4 sk gula 1/2 sk garam 1 sk black pepper Sichuan pepper ni optional, kalau susah nak dapat takyah letak pon takpe. Goreng basil leaves and serve together. #hazwancooks #taiwanesefriedchicken ♬ original sound – Hazwan Ramli

Sedapnya resipi Taiwanese Fried Chicken ini, rugi kalau tak cuba di rumah.

Selamat Mencuba semua!

Kredit: Hazwancooks

Baca Juga: Daging Yang Juicy, Manis & Sedap Cicah Sos Thai, Ini Resipi Daging Goreng Ala Thai! Tak Perlu Pergi Thailand, Boleh Buat Sahaja Di Rumah

tags: | |