Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Tanpa Bakar Biskut Raya Choco Rich Ball, Kaya Dengan Rasa Dark Coklat!

Resipi Tanpa Bakar Biskut Raya Choco Rich Ball, Kaya Dengan Rasa Dark Coklat!

Kategori:
biskut raya choco rich ball

Dah ada yang tercari-cari resipi biskut raya untuk Hari Raya nanti? Tapi rumah tiada oven? Resipi biskut raya choco rich ball ini tepat untuk anda sebab tidak perlu bakar menggunakan oven.

Resipi ini tersangatlah sedap dan mudah untuk dibuat. Yang penting rasanya kaya dengan coklat gelap, peminat coklat pasti suka.

Kalau buat awal sebelum raya, rasanya sekejap sahaja anak-anak makan sampai habis sebalang! Nak cuba? Ikut sahaja resipi lengkap di bawah.

Resipi Biskut Raya Choco Rich Ball Tanpa Bakar

Bahagian chocolate ball:

  • Butter 250 gram
  • Chocolate compound ( Dark Chocolate) 325 gram
  • Serbuk koko 120 gram
  • Susu Pekat 100 gram
  • Biskut Marie 300 gram
  • Mini cookies paper cup macam dalam gambar

Bahagian topping:

  • Chocolate compund (Dark chocolate) 500 gram
  • 4 sudu kecil minyak masak

Cara-cara chocolate ball:

  1. Cairkan 250 gram butter dan 325 gram coklat compound. Boleh pakai double boil atau microwave.
  2. Kalau menggunakan teknik double boil, masukkan sekali butter dan coklat menggunakan api perlahan. Tutup api apabila sudah cair. Kemudian terus masukkan susu pekat dan serbuk koko. Kacau sebati.
  3. Hancurkan biskut marie.
  4. Masukkan biskut ke dalam adunan tadi dan gaul sebati.
  5. Bentukkan campuran tadi kepada bentuk bulat menggunakan tangan, jangan gentel. Mampatkan dan buat bentuk kecil-kecil, masukkan dalam mini paper cup tadi.
  6. Buat lubang di tengah-tengah biskut yang telah siap. Boleh menggunakan lidi sate, janji ada lubang kecil di tengah.
  7. Masukkan nutella ke dalam lubang. Sejukkan ke dalam peti selama 10 minit.

Cara-cara bahagian topping:

  1. Cairkan 500 gram dark chocolate.
  2. Masukkan 4 sudu kecil minyak masak ke dalam dark chocolate yang dicairkan dan kacau sehingga sebati.
  3. Tuangkan dark chocolate tadi ke atas biskut dengan menggunakan sudu.
  4. Hias ikut kreativiti anda.
  5. Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik.Bila kita sentuh diandah tak melekit. ( Tak perlu letak dalam peti ais).
  6. Biskut sudah sedia untuk dimakan dan boleh letak kat luar je.
  7. Selamat mencuba!

Kredit: Muhammad Ali

tags: