Apa-apa masakan yang berasaskan telur memang sedap kan? Lebih-lebih lagi kalau buat Telur Ayam Masak Lemak Cili Padi . Memang sekejap je terus licin satu periuk. Namun apabila menggunakan telur ayam, ramai yang gagal nak bagi telur ayam tu cantik dan tak berderai.
Tapi selepas amalkan petua yang dikongsikan oleh chef ini pasti tidak gagal lagi. Bukan sahaja sedap malah puas hati makan. Nak cuba buat Telur Ayam Masak Lemak Cili Padi ni? Jom kita ikuti perkongsian chef Ahmad Shukri Amiruddin di bawah ini.
Chef Ini Kongsi Resipi Telur Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Padu, Ini Petua Untuk Telur Jadi Cantik & Tidak Berderai!
Bahan-bahan:
- 4-6 biji Telur Ayam
- Cili padi – ikut pedas disukai
- Bawang putih – 6 ulas
- 1 inci kunyit hidup
- 1 keping asam keping
- Serai 3 batang
- Buah keras 6 biji rendam dengan air panas dan blend
- Sedikit garam dan perisa
- 1 kotak santan kotak
- 1 helai daun kunyit – hiris halus
Cara Penyediaan:
- Tumbuk atau kisar cili padi, kunyit hidup dan bawang merah.
- Masak bahan tumbuk dengana air. Biar masak.
- Kemudian masukkan santan, asam keping, serai dengan api yang perlahan. Masak hingga menggelegak. Kacau selalu supaya santan tidak berketul.
- Masukkan bahan-bahan yang selebihnya dan perasakan. Biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan telur ayam yang telah dimasak.
Petua:
- Buah keras berfungsi sebagai pemekat dan melemakkan masakan. Penggunaan dalam masakan lauk nasi kandar cukup meluas.
Cara-cara masak telur ayam/itik
- Didihkan air
- Masukkan cuka 3 sudu
- Perlahankan api
- Pecahkan telur satu persatu. Telur akan terbentuk bulat atau bujur. Tidak berderai.
Petua:
- Cuka berperanan supaya telur menjadi cantik, bulat atau bujur tidak berderai. Pastikan telur baru. Telur lama cair tidak cantik apabila dimasak.
Mudah sahaja kan nak buat Telur Ayam Masak Cili Padi ini? Petua yang dikongsikan juga sangat ringkas dan mudah untuk kita amalkan. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita masak sekarang!
Selamat mencuba!
Kredit: Ahmad Shukri Amiruddin Via MAHN
Baca juga: Cara Mudah Buat Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi, Memang Padu Rasanya