Hai korang ! Hari ni saya nak share satu lagi resipi yang agak rare. Kenapa saya kata rare ? Sebab kebiasaannya telur bistik dimasak menggunakan resipi sos masam dan manis. Tetapi, kali ni saya nak share resipi telur bistik dimasak dengan blackpaper sauce. Rasanya juga lain. Kesedapannya juga berbeza.
Telur bistik ni biasanya dijadikan lauk sampingan. Dah bosan kan asyik duk makan telur dadar jee, tukarlah menu sikit. Buat telur bistik. Tapi ada jee orang yang jadikan telur bistik ni sebagai lauk utama. Terutama budak-budak universiti. Nak jimat laa katakan. Lagipun senang je nak buat kat rumah. Lagilaa save bajet.
Untuk masak telur bistik ada yang guna isi ayam ataupun daging cincang. Itu terpulang kepada selera anda. Kalau rasa anda nak makan ayam, sediakan isi ayam. Kalau rasa nak makan daging, carilah daging kisar atau daging cincang. Resipinya sama jee. Cuma bahan untuk disalut bersama telur yang berbeza.
Dah panjang lebar saya berceloteh. Mari saya kongsikan resepi telur bistik blackpaper ni. Kita mulakan dahulu dengan bahan-bahan yang perlu korang sediakan.
Sediakan bahan-bahan diatas dan korang boleh lah start panaskan dapur. Pastikan semua bahan diatas ada. Kalau tak cukup bahan takut rasanya tak sama dengan yang selalu saya buat. Tak jadi telur bistik balackpaper sauce yang rare laa.
1. Mula-mula pecahkan telur dan kacau telur macam nak buat telur dadar. Ketepikan dahulu.
2. Kemudian tumiskan bawang putih sehingga garing.
3. Masukkan daging atau isi ayam sehingga ianya agak masak.
4. Masukkan sos tiram dan diikuti pula dengan sos cili,sos lada hitam dan kicap.
5. Tambahkan sedikit air dan tunggu ianya mendidih.
6. Lepas dah mendidih, masukkan cili benggala dan serbuk lada hitam.
7. Taburkan bawang besar yang dah dipotong dan masak sehingga sebati(jangan lama sangat)
8. Curahkan daging/isi ayam yang telah dimasak ke atas telur tadi.
9. Siap untuk dihidang dan selamat menjamu selera.
Simple je kan. Bahan-bahannya juga simple. Confirmlah ada kat dapur korang. Tak usah nak pergi kedai dah. Kalau ada masa free tu cubalah untuk masak resipi telur bistik ni. Sedap taw.
Selamat Mencuba !