Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Hidangan Yang Jarang Dimasak, Ini Dia Telur Ikan Loma Goreng Kunyit. Boleh Simpan Resipi Untuk Raya Haji Nanti.

Hidangan Yang Jarang Dimasak, Ini Dia Telur Ikan Loma Goreng Kunyit. Boleh Simpan Resipi Untuk Raya Haji Nanti.

Kategori: ,

Telur ikan loma goreng kunyit merupakan hidangan yang jarang didengar. Namun, hidangan ini juga sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Kebanyakan hidangan ini dapat dijumpai di negeri Perak sahaja. Telur ikan loma sangat terhad dan merupakan makanan bermusim.

Telur ikan loma goreng kunyit ini adalah hidangan yang hampir pupus dan kebanyakannya boleh didapati di Gerik sahaja. Cara masakannya juga sangat simple dan tidak rumit.

Hidangan Yang Jarang Dimasak, Ini Dia Telur Ikan Loma Goreng Kunyit. Boleh Simpan Resipi Untuk Raya Haji Nanti.

Resipi ini telah dikongsi oleh saudari Julia Aleen Airesh dengan menunjukkan cara pembuatannya yang sangat senang. Bahan yang digunakan juga boleh didapati dimana-mana kedai berdekatan.

telur ikan loma goreng kunyit

Bahan-bahan

  • 200 gm telur ikan
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 4-5 biji cili api – diketuk
  • 1 biji cili merah besar – dihiris
  • 1 sudu makan sos tiram

Cara penyediaan

  1. Gaul telur ikan bersama garam dan kunyit, goreng hingga masak. Untuk elak dari minyak terpercik semasa menggoreng tutup dengan frying shield.
  2. Kemudian, masukkan juga asam keping petua elakkan ‘meletup’. Angkat dan toskan. (Jangan goreng terlalu lama nanti keras)
  3. Kemudian goreng pula hirisan bawang, cili dan masukkan sos tiram. Tabur di atas telur.
  4. Siap untuk dihidang!

telur ikan loma goreng kunyit

Telur ikan loma goreng kunyit sudah siap untuk dihidang! Jom cuba masak hidangan simple tapi bermakna ni. Bukan selalu dapat makan telur ikan loma ni kan.

Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat untuk semua!

Selamat mencuba!

Sumber: Julia Aleen Airesh 

Baca juga: Ini Resipi Pais Ikan Tenggiri Kukus Kampung, Masakan Zaman Dahulu Sampai Terkenang Memori Lama

 

 

 

 

tags: | |