Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Menu Tengah Hari Telur Itik Masak Lemak Rebung, Buat Netizen Rasa Terliur & Ingin Cuba Di Rumah

Menu Tengah Hari Telur Itik Masak Lemak Rebung, Buat Netizen Rasa Terliur & Ingin Cuba Di Rumah

Kategori: ,

Kadang-kadang kita kaum isteri ini dah hilang idea, tak tahu nak masak resipi apa untuk tengah hari. Risau pula kalau masak benda yang sama, muak pula anak-anak dan suami makan benda yang sama.

Ini antara resipi yang anda boleh cuba iaitu Telur Itik Masak Lemak Rebung, boleh cuba sahaja di rumah dan dihidangkan untuk seisi keluarga.

Menu Tengah Hari Telur Itik Masak Lemak Rebung, Buat Netizen Rasa Terliur & Ingin Cuba Di Rumah

Resipi Telur Itik Masak Lemak Rebung ini dikongsikan oleh Resepi Cikgu Ani di laman web milik beliau. Beliau banyak kongsikan resipi yang menarik dan boleh dicuba untuk orang lain.

Telur Itik Masak Lemak Rebung

Bahan-Bahan:

  • 5 biji telur itik
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • Rebung jeruk (dihiris)
  • 2 helai daun kunyit (diracik)
  • 2 inci kunyit hidup (ditumbuk)
  • Segenggam cili api (ditumbuk)

Telur Itik Masak Lemak Rebung

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan bahan tumbuk dan sedikit air ke dalam periuk. Masak hingga menggelegak.
  2. Masukkan santan cair dan rebung. Masak lagi hingga menggelegak dan rebung nampak lembut.
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  4. Perlahankan api, pecahkan telur sebiji demi sebiji di tempat yang berlainan dalam periuk. Siramkan telur dengan kuah yang menggelegak tu hingga nampak agak masak.
  5. Masukkan santan pekat, asam gelugor dan daun kunyit. Kacau  sentiasa dengan berhati-hati  supaya santan tidak pecah lemak dan telur tidak hancur hingga mendidih. Rasa garamnya. Jika kurang masin tambah lagi sedikit garam.

Telur Itik Masak Lemak Rebung

Dah siap Telur Itik Masak Lemak Rebung untuk dihidangkan untuk dihidangkan untuk seisi keluarga.

Selamat Mencuba!

Kredit: Resepi Cikgu Ani

Baca Juga: Chef Ini Kongsi Resipi Telur Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Padu, Ini Petua Untuk Telur Jadi Cantik & Tak Berderai! 

tags: | |