Kadang-kadang tekak kita tiba-tiba nak tukar selera ke negara lain, untuk rasa makanan mereka. Tak semua kedai makanan luar negara yang jual di Malaysia ini sedap dan tidak kena dengan tekak kita.
Jadi, ini Resipi Teppan Chicken Katsu Curry yang anda boleh cuba sahaja di rumah kerana resipinya sangat ‘simple’, mudah dan senang untuk diikuti.
Hidangan Jepun Sangat Sedap, Ini Resipi Teppan Chicken Katsu Curry Untuk Dimakan Seisi Keluarga & Mudah Untuk Diikut
Resipi Chicken Katsu Curry ini dikongsikan oleh minahsambal di laman media sosial TikToknya, dan beliau banyak kongsikan resipi-resipi yang sedap untuk pengikutnya.
Bahan-Bahan:
- Dada ayam
- Tepung kentucky (bestari) -(salutan dada ayam)
- Breadcrumbs (salutan dada ayam)
- 2 Biji Telur (salutan dada ayam)
- Minyak
- 1 Biji Bawang Holland
- 2 Biji Kentang
- 2 Biji Lobak Merah
- 500 ml air
- Golden Curry (Japanese Curry Mix)
- 1/2 Cawan Santan atau Cooking Cream
- 1/4 cawan Dark Chocolate
- 1 Biji Telur (Hiasan)
- Daun Bawang (Hiasan)
Cara Penyediaannya:
- Salutkan dada ayam bersama tepung kentucky atau tepung bestari, celupkan dengan telur dan kemudian salutkan dengan breadcrumbs. Anda boleh ‘double coating’ untuk tebalkan atau boleh sahaja biarkan.
- Kemudian, goreng dada ayam yang telah disalut ini dengan api yang sederhana. Pastikan ia garing dan masak untuk makan bersama nasi nanti.
- Selepas dah siap bahan di atas, tumiskan bawang holland sehingga naik bau. Kemudian masukkan kentang dan lobak merah dan gaulkan. Potongan untuk kentang dan lobak tidak boleh besar sangat kerana risau lambat masak.
- Selepas itu, tuangkan 500ml air ke dalam periuk dan barulah masukkan golden curry (japanese curry mix) ke dalam bahan-bahan dalam periuk itu. Gaulkan dan tutup periuk.
- Kemudian, apabila dah nampak kuah pekat sedikit, barulah masukkan 1/2 cawan santan atau cooking cream untuk rasa lemak-lemak.
- Paling menarik adalah masukkan 1/4 cawan Dark Chocolate untuk rasakan manis-manis dan untuk gelapkan kuah. Gaulkan.
- Di atas pan yang lain, letakkan nasi di tengah-tengah dan tuangkan sebiji telur yang telah dipukul di keliling nasi. Kemudian, letakkan bahan-bahan di masak tadi di sekeliling nasi juga di atas telur.
- Paling terakhir, letakkan dada ayam yang digoreng tadi dan dipotong di atas nasi dan taburkan daun bawang di atas untuk jadikan sebagai hiasan.
Dah siap! Senang rupanya Resipi Chicken Katsu Curry ini kerana bahan-bahannya semua ada dijual di kedai runcit yang berdekatan dengan anda.
Selamat Mencuba!
Kredit: minahsambal
Baca Juga: Jom Sarapan Dengan Roll Omelette Atau Tamagoyaki Ala Japanese. Resipi Popular Dihidangkan Bersama Bento, Cepat & Mudah!