Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Terung Berlado Ala Thai. Rasa Pedas, Masam, Masin Semua Lengkap!

Resipi Terung Berlado Ala Thai. Rasa Pedas, Masam, Masin Semua Lengkap!

Kategori:
Terung Berlado Ala Thai

Resipi terung berlado ala Thai perkongsian oleh Noor Fatin Hazwani ini telah meraih hampir 3 ribu perkongsian. Ramai dah cuba, serius sedap! Kalau buat lauk ini, tak perlu lauk lain dah. Satu lauk pun dah cukup berselera, makan pula dengan nasi panas.

Resipi Terung Berlado Ala Thai. Rasa Pedas, Masam, Masin Semua Lengkap!

Bahan-bahan:

  • Terung saiz baby
  • Bawang putih
  • Bawang holland
  • Daun ketumbar
  • Cili
  • Sos nampla
  • Lada putih
  • Garam dan gula
  • Daun ketumbar

Cara-cara:

  1. Belah dua terung dan bakar atas dapur gas. Bila dibakar terlebih dahulu akan lebih sedap kerana rasa dan aroma berbeza. Jangan hangus pula.
  2. Angkat dan letak dalam pinggan.
  3. Tumbuk bawang putih bersama cili sehingga hancur lumat.
  4. Masukkan juga udang geragau untuk penambah rasa. Tumbuk hancur.
  5. Panaskan kuali, tumis bawang holland sehingga garing.
  6. Bila dah garing, masukkan bahan tumbuk dan kacau.
  7. Kemudian masukkan sos nampla.
  8. Masukkan juga sedikit lada putih, garam dan gula untuk seimbangkan rasa.
  9. Kalau kering, masukkan sedikit air. Akhir sekali masukkan daun ketumbar yang dicincang.
  10. Tuangkan ke atas terung tadi.

Selamat mencuba!

Kredit: Noor Fatin Hazwani

Baca juga: Cara Masak Sup Ayam Ala Thai, Rasanya Dah Macam Dekat Thailand Dah. Memang Super!

tags: