Untuk korang yang tengah nak fikir masak apa lagi untuk juadah puasa ni, jangan bimbang! Kami ada cadangan. Bagi yang teringinkan lauk simple tapi sedap, jom buat menu Tiram Telur Dadar Air Fryer ni. Memang best dan lazat. Cara penyediaan pun senang je.
Untuk resipi kali ini, jika korang tak ada lauk tiram, terpulang untuk tukar dengan lauk apa. Misalnya udang, ayam atau daging. Ikut selera dan citarasa masing-masing.
Bahan-Bahan:
- 200 gram tiram fresh
- 50 gram kanji ubi kentang
- 2 biji telur
- 10 gram minyak
- garam
- lada hitam
- daun bawang
Cara Penyediaan:
- Bersihkan tiram. Masukkan kanji kentang, kanjing jagung, telur, daun bawang, lada hitam, garam dan minyak.
- Gaul sebati.
- Sapu minyak pada baking paper. Tuangkan adunan telur. Set 180 darjah celcius, 10 minit. Terbalikkan set lagi 10 minit. Adjust suhu/masa mengikut setting airfryyer masing-masing.
- Siap dan boleh dihidang. Makan dengan nasi panas-panas dan kalau ada sambal, lagi power makan dengan kicap.
Siap pun Tiram Telur Dadar Air Fryer kita. Ingat tau, bukan tiram je boleh buat. Letak sahaja apa-apa lauk okay. Selamat mencuba!
Sumber: Linda Safar
Baca juga: Resipi Popia Carbonara Paling Simple Namun Sangat Sedap. Yang Penting Tak Comot! Boleh Buat Moreh & Hidangan Raya