Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Wanpaku Sandwich Chicken Slice, Makanan Sihat Ala-Ala Orang Jepun

Resipi Wanpaku Sandwich Chicken Slice, Makanan Sihat Ala-Ala Orang Jepun

Kategori:
Wanpaku Sandwich Chicken Slice

Siapa yang tak suka sayur, mungkin boleh cuba resipi Wanpaku Sandwich Chicken Slice ni, Memang ‘confirm’ akan makan, sebab gabungan bahan dalam sandwich ni sangat lazat!

Resipi Wanpaku Sandwich Chicken Slice

Bahan-bahan:

  • Kubis Ungu
  • Timun jepun
  • Sesame Dressing
  • Garam
  • Lobak merah
  • Chicken slice
  • Sosej
  • Telur
  • Tomato
  • Salad
  • Mayonis
  • 2 keping roti wholemeal
  • Plastik wrap

Cara-cara:

  1. Potong nipis kubis ungu dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Letak sesame dressing dan sedikit garam. Gaul rata.
  3. Kemudian potong nipis lobak merah. Letak dalam mangkuk dan letak sesame dressing (gaul)
  4. Rehatkan sebentar.
  5. Kemudian potong tomato,timun dan koyakkan salad.
  6. Rebus Sosej & Chicken Slice..terpulang nak rebus atau grill.
  7. Kemudian goreng sebiji telur dadar.
  8. Ambil dua keping roti, sapu mayonis di sebelah atas.
  9. Susun salad, tomato, telur, ayam, Kemudian lobak merah dan kubis ungu.
  10. Letak dua keping roti yang disapu mayonis.
  11. Akhir sekali, balut dgn plastic wrap Balut wanpaku sandwich seperti balut hadiah. Dah Siap!!

Kredit: Lyana Jamaludin

tags: |