Nasi arab merupakan satu makanan yang sangat digemari oleh masyarakat di Malaysia. Terdapat banyak restoran, gerai dan juga premis yang menjual nasi arab diseluruh negara. Jika diperhatikan hari ini, nasi arab ada di merata kawasan dan sudah pasti telah dapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Oleh kerana nasi arab ini popular tambah pula dari air tangan cef selebriti, segelintir rakyat Malaysia tidak puas hati dari segi portion dan harga yang disajikan oleh cef selebriti ini. Sepatutnya apa yang di jual hendak lah berbaloi dengan harga, portion dan terutama sekali dari segi kelazatan nasi itu sendiri.
Baru-baru ini tular di sosial media Tik Tok mengenai harga makanan yang dijualnya sangat mahal dan tidak padan dengan portion yang sedikit malah netizen mengatakan nasi arabnya “harga Tel Aviv” yang mana tidak setanding harganya.
Cef Ammar terkesan dan tampil di jual untuk memberi penjelasan mengenai harga makanan yang di jual olehnya bagi menjawab kecaman netizen.
Beliau menegaskan cara-cara penyediaan ketika memasak sangat sukar di samping memerlukan bahan-bahan yang berkualiti untuk sebelum dihidangkan.
“Ini semua perlu proses..” Cef Ammar juga turut membuktikan bahan-bahan kualiti tinggi yang digunakan dalam menyediakan nasi arab yang sedap dan berkualiti. Susulan video ini ingin menyakinkan netizen yang mengecamnya bahawa nasi yang di gembar-gembur setanding dengan harga dan portion.
@momomqms Chef ammar #nasiarabchefammar #koyak #silaturrahim #puasa #beritatiktok #kasihsayang #fyp #fypシ #respect #malaysiatiktok
@momomqms Chef ammar #nasiarabchefammar #koyak #silaturrahim #puasa #beritatiktok #kasihsayang #fyp #fypシ #respect #malaysiatiktok ♬ original sound – Mr.Momo
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tidak puas hati dengan harga yang di jual olehnya. Malah ada yang mengatakan bukan target marketnya.
Jadi bagi anda yang belum rasa air tangan Cef Ammar ini anda boleh ke Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Seksyen 13. Anda boleh rasakan sendiri sama ada sedap atau tidak oleh kerana lain orang lain cita rasanya.
Jadi, kalau makanan yang sedap sudah mestinya harganya mahal oleh kerana Cef Ammar amat mementingkan kualiti dan kelazatan masakannya.
Sumber: TikTok momomqms