Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Restoran Bawah Laut Terbesar Di Dunia Ini Memang ‘Wow’! Tak Sangka Lokasinya Di….

Restoran Bawah Laut Terbesar Di Dunia Ini Memang ‘Wow’! Tak Sangka Lokasinya Di….

Kategori: ,
Restoran Bawah Laut

Makan dekat menara tinggi, tepi jalan, lereng bukit semua kita dah pernah dengar bukan? Tapi macam mana pula kalau makan dekat dalam laut? Haa, ini memang betul-betul rare lain dari lain.

Pada tahun lepas, restoran bawah laut pertama di Eropah dan terbesar di dunia telah dibuka di Norway. Selepas ini bolehlah menikmati hidangan sambil melihat ikan-ikan berenang, boleh bayang tak macam mana? Mesti wow habis!

Restoran bawah laut ini diberi nama Under yang menyediakan ruang makan yang boleh menampung sehingga 40 orang tetamu. Untuk sampai ke ruang makan ini, perlu melalui papan kayu dan menuruni tangga setinggi lapan meter sebelum dapat melihat keindahan ruang makan dengan pemandangan laut yang mengagumkan.

Restoran bawah laut seluas 495 meter persegi ini mempunyai tingkap yang sangat besar yang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan hidupan laut yang sebenar.

Restoran ini juga mempunyai 3 aras termasuklah foyer and cloakroom, champagne bar dan restoran utama pada tingkat bawah.

Individu yang bertanggungjawab dalam mereka restoran yang gah ini ialah Snoehetta yang juga merupakan pereka kepada National September 11 Memorial Museum di New York. Selain itu, kelebihan lain restoran ini juga dapat menahan gelombang besar yang sangat ekstrem.

 

Sumber: Dezeen, Dhia.

 

tags: