Akhir-akhir ini, restoran bertemakan seram dan mistik mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia. Mereka inginkan kelainan dan mahu mencuba pengalaman yang baharu sambil menikmati hidangan yang dipersembahkan.
Bagi mereka yang sukakan cabaran, pasti akan menyukai konsep sebegini yang bukan sahaja menyediakan makanan dan minuman untuk mengeyangkan perut korang, tetapi juga pengalaman.
Seperti sebuah video yang tular di laman TikTok, seorang wanita yang juga merupakan pelanggan sebuah restoran, Bunian The Haunted Cafe telah menarik perhatian netizen apabila geli hati dengan reaksi spontannya. Wanita berkenaan merupakan antara pelanggan yang memberikan reaksi sebenar apabila melihat pontianak-pontianak di kafe tersebut.
“Cari akak tu tak jumpa. Rupa nya dah menyorok dalam baju sebab takut sangat,” tulis Bunian The Haunted Cafe berkongsi pengalaman pelanggan yang makan di kedainya.
Menerusi video tersebut, kelihatan pelanggan wanita itu sememangnya takut dan memperoleh pengalaman seram yang sebenar di sana. Bukan hanya pelanggan tersebut yang memberi reaksi sebegitu, ada ramai pelanggan yang dapat merasai rasa seram yang berbaloi sesuai dengan konsep mistik yang dipersembahkan.
https://www.tiktok.com/@bunianthehauntedcafe/video/7174240634415353114?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@bunianthehauntedcafeCari akk tu tak jumpa , rupa nya dah nyorok dalam baju , sbb takut sgt 👻♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin
Melihat kepada ruangan komen, ramai netizen yang ingin merasai pengalaman sama. Tidak kurang juga yang memberi respon melucukan tentang hantu-hantu tersebut.
“Kalau saya bab makan ni lain sikit. Kalau macam tu hantu dok kacau memang dah dapat sedas penumbuk. Perempuan bab makan ni boleh naik hantu,” kata seorang netizen bernama Faraheffa Mustafa.
“Bagus kedai ni sementara pelanggaan tunggu makanan dia hilangkan rasa bosan customer dengan hantu,” kata netizen lain dengan nama Jamestar.
Bagi korang yang ingin merasai pengalaman yang sama, bolehlah berkunjung di Bunian The Haunted Cafe ini.
Lokasi: Kg Hulu 75200 Melaka
Waktu Operasi: 5PM – 11PM
Sumber: Bunian The Haunted Cafe