Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Terkejut Sebuah Restoran Di KL Kenakan Caj Tambahan RM5 Denda Untuk Meja Kotor, Ada Netizen Setuju Ada Yang Tidak

Pelanggan Terkejut Sebuah Restoran Di KL Kenakan Caj Tambahan RM5 Denda Untuk Meja Kotor, Ada Netizen Setuju Ada Yang Tidak

Kategori: ,
denda untuk meja kotor

Ada sebahagian restoran dan kedai makan mengenakan caj untuk bungkusan plastik. Tetapi berbeza dengan sebuah restoran di bandaraya Kuala Lumpur apabila mereka mengenakan caj kepada pelanggan jika meja kotor.

Ia menjadi isu apabila caj yang dikenakan adalah sebanyak RM5 sehingga menjadi perdebatan di media sosial X.

Pelanggan Terkejut Sebuah Restoran Di KL Kenakan Caj Tambahan RM5 Denda Untuk Meja Kotor, Ada Netizen Setuju Ada Yang Tidak

Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh @meinmokhtar melalui medium NGL, seorang lelaki berkongsi rasa terkejut selepas sebuah restoran di ibu kota Kuala Lumpur mengenakan caj tambahan RM5 sebagai ‘denda’ kerana meninggalkan meja dalam keadaan kotor selepas makan.

Katanya, dia tidak berpuas hati kerana telah makan bersama keluarga termasuk anak bawah umur 2 tahun dan dikenakan caj RM5 – akibat meja kotor yang tidak masuk akal.

“Ini kali pertama saya dikenakan ‘denda’ RM5 di restoran meja kotor (anak saya di bawah umur 2 tahun). Kailan ikan masin, telur dadar, siakap 3 rasa, tiada Tom Yum, RM55. Sangat mahal. Ditambah dengan ‘denda’ juga,” tulisnya dengan nada kecewa berkenaan isu denda untuk meja kotor.

denda untuk meja kotor

Gambar Hiasan

Dia juga bertanya adakah restoran dibenarkan mengenakan caj tambahan kepada pelanggan kerana meninggalkan meja kotor. Jika tidak, boleh kah dia melaporkan perkara ini kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). denda untuk meja kotor

Meninjau ruangan komen, ramai rakyat Malaysia keliru dengan caj RM5 yang dikenakan kerana meja kotor dan berpendapat bahawa harga RM55 adalah munasabah. Ada yang setuju dengan caj tersebut, dan ada yang tidak.

Seorang netizen berkata ini kali pertama dia mendengar tentang restoran mengenakan ‘denda’ kepada pelanggan kerana meja kotor.

Mereka menambah bahawa lelaki tersebut boleh melaporkan kepada KPDN jika restoran tersebut tidak mengeluarkan sebarang notis mengenai caj tersebut.

Ada Netizen Setuju Tentang Denda, Ada Yang Tidak

denda untuk meja kotor

Bagi Min, jika restoran tidak memberi notis terlebih dahulu tentang caj tambahan atau denda untuk meja kotor, ia sememangnya tidak wajar untuk restoran mengenakan caj tersebut.

Walau bagaimanapun, setiap pelanggan mestilah menjaga kebersihan di tempat makan dengan sekurang-kurangnya tidak membuat kotor secara bersepah yang berlebihan.

Sumber: Mein Mokhtar

Baca juga: Wanita Jepun Ini Tertukar Cendol Dengan Ramen, Sangka Ini Ramen Buatan Malaysia – Cuit Hati Orang Ramai

 

tags: |