Setiap restoran pasti akan menawarkan kelainan lain dari yang lain untuk menarik minat pelanggan. Pelbagai kreativiti yang dicurah serta ditonjol oleh peniaga untuk menawarkan satu perasaan, rasa serta pengalaman yang menakjubkan sambil menikmati makanan terhidang.
Ada yang berkonsepkan casual dining, family dining ataupun restoran yang bertema. Restoran bertema di sini bermaksud, dia menggunakan tema filem atau mana-mana rujukan untuk mencapai target tertentu.
Ada yang mendirikan restoran bertema Harry Potter, Hello Kitty, Stranger Things ataupun mana-mana filem atau cerita bersiri yang popular.
Dan, salah satu restoran lain daripada yang lain di Malaysia adalah Restoran Char Kuey Teow Hantu terletak di Jalan Jasa 25, Taman Jas, Batu Caves, Selangor. Daripada gambar yang dikongsi oleh laman Facebook Raja Cuti, segala jenis pontianak, pocong dan kuntilanak digantung di situ.
Bayangkan, masuk sahaja kedai yang idea dianggap masih segar di Malaysia, memang mencetusan perasaan yang berbeza. Kedai ini patut diraikan dan dipuji kerana berani mengetengahkan konsep yang rare dan ekstrim ini.
Hidden Place tempat makan paling menakutkan di GOMBAK !
Ini lah dia tempatnya Char kuey teow Hantu. Korang makan sini sambil dikelilingi Hantu2 seperti pocong, pontianak, kuntilanak,dan mcm2 hantu lah.
Char kuey Teow Hantu
📍238,Jalan Jasa 25,Taman Jasa, Batu caves, Selangor. pic.twitter.com/Vv4Pkwc3EW— FoodPornMalaysia (@MalaysianFoods) March 4, 2022
Menjengah ke ruangan komen netizen, pelbagai reaksi yang ditunjukkan. Ada yang terhibur dan tidak kurang juga yang memberi komen seloroh. Selain itu, ramai juga yang terpukau dengan idea yang dianggap berani ini.
Misalnya, mengambil komen Fz Bravo, dia mengajak rakkan-rakannya makan di kedai tersebut. Dia juga berseloroh hendak membuang saka kawannya oleh kerana konsep kedai yang sesuai dengan hal demikian.
“Cutez Angle, jom makan sini kita buang saka hitam Siti Lyana tu,” tulisnya dalam nada seloroh pada ruangan komen.
Selain itu, seorang lagi netizen lain bernama Joe Gaban berkata, oleh kerana majoriti rakyat Malaysia berbangsa Melayu, ia mengaitkan yang orang Melayu suka akan cerita atau filem berunsurkan seram dan hantu ini. Ia mungkin menjadi tarikan sesuai buat orang ramai dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
“Melayu kan minta cerita hantu,” katanya pada ruangan komen berkenaann restoran hantu berkenaan.
Jadi, marilah kita sama-sama meraikan idea yang masih dianggap baru dan jarang di Malaysia ini. Mari raikan kepelbagaian dalam melihat aspek dan cara presentasi yang berbeza. Jika tengok kepada char kuey teow yang disediakan juga lazat bukan?
Semoga maju terus danterus bercambah lagi idea-idea yang berani macam ni dekat Malaysia!
Sumber: Raja Cuti