Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tiada Lagi Pepsi: Restoran KFC Dan Pizza Hut Malaysia Bertukar Kepada Coca-Cola

Tiada Lagi Pepsi: Restoran KFC Dan Pizza Hut Malaysia Bertukar Kepada Coca-Cola

Kategori:
coca-cola

Minuman berjenama Pepsi sememangnya sinonim dengan restoran makanan segera Kentucy Fried Chicken (KFC) dan juga Pizza Hut di Malaysia. Tetapi, pengumuman yang dibuat semalam menandakan bahawa Pepsi sudah tidak lagi menjadi sebahagian hidangan minuman di restoran terbabit.

QSR Brands (M) Holdings Bhd, pengendali francais dan pemilik jenama makanan segera KFC dan juga Pizza Hut mengumumkan perkongsian bertahun-tahun dengan jenama minuman Coco-Cola Malaysia. Di mana, ia akan menyaksikan minuman ringan tersebut akan dihidangkan di restoran-restoran sedia ada.

Minuman Coca-Cola yang juga termasuk Coca-Cola Zero Sugar, Sprite, Fanta, dan teh ais Heaven and Earth akan dihidangkan kepada pelanggan. Ia sama ada melalui dispenser ataupun dijual dalam tin dan botol. Ini menggantikan minuman sebelumnya di bawah PepsiCo Sdn Bhd.

KFC, Pizza Hut Umum Perjanjian Minuman Coke Di Restoran Di Sini

coca-cola

“Kami berbangga kerana minuman Coca-Cola pihak kami akan dihidangkan bersama KFC dan tawaran makanan popular Pizza Hut,” kata Louis Balat Joseph, Ketua Eksekutif Firma Induk Coca-Cola Malaysia Bottling Investments Group untuk Singapura, Malaysia dan juga Brunei, dalam satu kenyataan.

“Kami teruja kerana perkongsian ini mewakili sinergi yang oenting untuk menyediakan pelanggan dengan rangkaian minuman kami. Yang pasti, ia menyegarkan dalam bertindak balas kepada keperluan pelanggan dan pengguna yang sentiasa berubah.

Tambahnya, mulai bulan ini jenama itu akan membekalkan lebih daripada 740 cawangan restoran KFC dan lebih 440 cawangan restoran Pizza Hut di seluruh negara.

Semua restoran akan beralih kepada minuman Coca-Cola pada awal bulan depan, menurut kenyataan terbabit.

“Sebagai peneraju dalam industri makanan runcit Malaysia, jenama QSR melalui KFC dan Pizza Hut komited untuk menghidangkan produk yang berkualiti tinggi sementara mengekalkan relevan untuk semua pengguna.

“Kami komited untuk meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan, inovasi dan kepuasan kepada pelanggan.

740 Cawangan KFC Dan Lebih 440 Cawangan Pizza Hut Akan Beralih Kepada Minuman Coca-Cola Bulan Depan

coca-cola

“Sejak dua tahun kebelakangan ini, kami telah dapat berkembang walaupun menghadapi cabaran semasa menginovasi semua bidang perniagaan. Tetapi, kami tidak akan berhenti dan akan terus berbuat demikian.

“Kami percaya perkongsian ini akan terus meluaskan lagi jangkauan kami dan kami berharap dapat menggembirakan pelanggan kami lagi,” tambah Nehchal, Khanna, Ketua Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands.

Untuk makluman, Coca-Cola telah berada di Malaysia sejak 1936, dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih 200,000 pelanggan di sini.

QSR ia pemegang francais kepada lebih 850 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Cambodia. Mereka juga adalah pengendali restoran Pizza Hit di Malaysia dan Singapura dengan lebih 500 buah restoran yang termasuk konsep peghantaran di sini.

Mereka juga terlibat dalam penternakan ayam daging kontrak, penetasan, pengeluaran ayam, dan pemprosesan serta pelbagai perniagaan sampingann termasuk industri baking dan juga pengeluaran sos.

Sumber: QSR Brands

Baca juga: Kedai Flagship llaollao Terbesar Dunia Kini Dibuka di Pavillion, Ada Banyak Menu Menarik Untuk Dicuba!

tags: | |