Seorang penghantar makanan syarikat Foodpanda di Thailand dirakam sedang menghantar makanan kepada pelanggan dengan mendayung sampan.
Menurut sumber portal berita Thaiger News, rider tersebut lengkap berpakaian seragam foodpanda dan bertopi keledar itu terpaksa mendayung sampan kerana pelanggannya sedang memancing di Sungai Bang Pakong dalam wilayah Chachoengsao, tengah Thailand.
Gambar penghantar makanan tersebut telah dimuat naik di laman Facebook bersama kapsyen: “Foodpanda telah melancarkan perkhidmatan melalui air.”
Rupa-rupanya penghantar makanan itu tidak tahu dia perlu menggunakan sampan kerana hanya terus bersetuju menerima pesanan tersebut.
Hal ini kerana, lokasi yang diberi pelanggan hanya mengatakan dia berada di sungai itu tanpa memberitahu yang dia sedang memancing.
Apabila tiba di lokasi yang diberi, penghantar makanan tersebut menghubungi pelanggan yang juga merupakan kenalannya sebelum diberitahu dia sedang memancing.
Penghantar makanan itu terpaksa meminjam sebuah sampan bermotor yang berlabuh di jeti sungai untuk ke lokasi pelanggan.
Media Thailand melaporkan, penghantar makanan itu tidak menerima bayaran tambahan untuk penghantaran ‘khas’ yang dibuat.
Sumber: Kosmo Online