Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dari Kena Sidai 1 Jam, Kita Buat Sendiri Je..”, Rider Foodpanda Tolong Bungkus Makanan Sekali, Tindakannya Dipuji Ramai

“Dari Kena Sidai 1 Jam, Kita Buat Sendiri Je..”, Rider Foodpanda Tolong Bungkus Makanan Sekali, Tindakannya Dipuji Ramai

Kategori:
rider Foodpanda tolong bungkus makanan

Masalah kekurangan pekerja di restoran atau kedai makan menjadi isu yang tidak ada sudahnya. Lain dengan restoran makanan segera mewah, pengusaha kedai makan terkadang tidak dapat menanggung kos untuk menggaji pekerja yang ramai lebih-labih lagi pada musim ekonomi tidak terurus ini.

“Dari Kena Sidai 1 Jam, Kita Buat Sendiri Je..”, Rider Foodpanda Tolong Bungkus Makanan Sekali, Tindakannya Dipuji Ramai

rider Foodpanda tolong bungkus makanan

Akibatnya, ada hari yang operasinya berjalan dengan perlahan apabila pesanan banyak tetapi tiada tenaga pekerja ramai. Ekoran itu, satu video telah tular dan mencuri perhatian ramai apabila rider Foodpanda turun untuk membantu seorang pekerja kedai makan menyiapkan pesanan mereka.

“Dari kena sidai 1 jam, better bangun buat sendiri,” katanya dalam keterangan video.

Menurutnya, dia sudah terbiasa berbuat begitu kerana kenal dengan pengusaha kedai makan tersebut. Lebih-lebih lagi, kedai makan itu adalah tempat lepak bagi kebanyakan mereka, rider Foodpanda di sini.

Menerusi video yang difahamkan di sebuah kedai nasi kukus Merlimau, kelihatan rider tengah membungkus nasi dan ada juga yang sedang menyediakan air di dapur belakang. Mereka tolong menolong antara satu sama lain dengan ikhlas.

Seperti komen seorang netizen, dia menceritakan bagaiman kawasan di dalam video berkenaan selalu mendapat pertolongan rider kerana kekurangan tenaga pekerja.

“Kedai dekat kawasan sini kadang-kadang rider memang buat macam ni sebab dorang pekerja tak ramai dan order banyak, Respect! Bila owner kedai dah kenal rider, tak hairan,” katanya.

Ada Yang Bungkus Makanan, Ada Yang Buat Air

rider Foodpanda tolong bungkus makanan rider Foodpanda tolong bungkus makanan

@syafizat21 Dari kena sidai 1 jam, better bangun buat sendiri 🤣 #fyp #malaysia #panda #foodpandamalaysia ♬ original sound – Syahmi Afiezzat

Meninjau ruangan komen netizen lain, ramai yang memuji kebolehan rider di Malaysia. Kebanyakan mereka mempunyai bakat yang serba boleh dan semangat yang luar biasa.

“Abang-abang rider dekat Malaysia ni multittasking laaa. Jalan sesak boleh handle, kedai orang pun dia buat macam kedai sendiri,” kata netizen bernama Shuhada Shukri.

“Yang buat air tu tak tahan tu. Semoga Tuhan memberkati anda semua,” komen Ammera.

“Semoga semuanya dipermudah urusan,” ujar Faa tentang kisah rider Foodpanda tolong bungkus makanan itu.

Semoga Keikhlasan Rider Foodpanda Dibalas Dengan Rezeki Yang Lebih Baik

Daripada kisah rider Foodpanda tolong bungkus makanan sekali ni, kita dapat ambil nilai dan pengajaran tentang kerjasama juga keikhlasan. Semoga Tuhan membalas keikhlasan mereka dengan buah dan hasil yang manis berkali ganda.

Baik-baik semuanya.

Sumber: Syahmi Afiezzat

Baca juga: “Saya Naik Sampai Tingkat 17..”, Debat Rider Kena Hantar Makanan Depan Pintu, Lelaki Ini Kongsi Cerita Pahit Sebenar

 

tags: | |