Setiap kali membeli di kedai atau di mana-mana, barangan atau makanan yang ingin dibeli pasti dilihat hargarnya terlebih dahulu. Sebolehnya bagi rakyat yang kehidupannya biasa sahaja, pasti inginkan barangan yang dibeli murah dan berpatutan. Walaupun begitu, tetap juga akan membeli sesuatu yang mahal andai kata ianya berkualiti dan sangat memuaskan.
Namun ramai yang sangkakan, barangan yang dijual dengan harga yang mahal adalah elok, berkualiti dan tahan lama. Jangan! Jangan mempercayainya satu peratus. Bukan semua barangan yang mahal elok dan berkualiti tau. Ada sahaja barangan atau makanan yang murah namun kualitinya sangat tip top.
Berkenaan dengan isu ini, terbaharu ada seorang rider foodpanda yang dikenali dengan nama Mohd Haiqal sempat berkongsi tentang servis sebuah vendor yang kurang berkualiti kepada pelanggan mereka. Perkongsian tersebut dibuat menerusi group Facebook, FoodPanda Rider Malaysia.
Menurut Haiqal, pelanggan telah membeli air dengan harga yang mahal. Air mocha cold yang berharga RM6.50 dan Caffe Latte cold yang juga berharga RM6.50 namun packaging bagi gelas minuman yang dibeli sangatlah tidak patut. Ia kelihatan seperti membeli minuman dari kedai biasa dengan harga yang biasa. Bahkan packaging sedemikiian rupa juga menyusahkan pihak rider.
Bukan nak bising ke apa ea. Cust beli air harga mahal tapi vendor korang boleh nilaikan sendiri la. Macam ni boleh susahkan rider. Harga mahal kualiti takde.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para riders seolah-olah bengang dan marah dengan situasi itu. Malah ada juga yang sempat berkongsi pengalaman mereka di mana selalu alami kejadian yang sebegitu. Ada juga yang sempat bercerita, kadang-kadang terpaksa menggantikan kembali memandangkan air berkenaan sudah tumpah apabila sudah sampai di rumah pelanggan.
Di samping itu ada juga yang sempat meninggalkan komen menyatakan dia lebih memilih bungkus dalam plastik macam kedai mamak berbanding dalam cawan. Tidak kurang juga ada yang bengang memandangkan vendor sering serinng membungkus air seolah-olah tiada otak.
Buat vendor di luar sana, tolong pastikan setiap makanan atau minuman yang disediakan dibungkus dalam keadaan baik dan selamat. Lebih-lebih lagi jika harganya mahal. Pastikan setiap hidangan yang dijual kualitinya setanding dengan harga.
Kredit: Facebook FoodPanda Rider Malaysia
Baca juga: “Kedai Dekat Perak Tapi Runner Dekat KL…”, Sistem Buat Silap, Rider Foodpanda Jadi Mangsa