Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Rider Grab Gendong Anak Sambil Cari Rezeki Tengah Panas, Buat Netizen Sebak

Rider Grab Gendong Anak Sambil Cari Rezeki Tengah Panas, Buat Netizen Sebak

Kategori:
rider grab gendong anak

Dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi, kebanyakan ibu bapa harus bekerja kedua-duanya untuk menampung makan minum keluarga. Pelarasan gaji minimum yang sedikit serta kesukaran mendapat pekerjaan yang elok juga menyumbang kepada faktor tersebut.

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak, pasti ada kesukaran jika kedua-dua pasangan bekerja serentak kerana penjagaan anak akan terjejas. Lebih-lebih lagi, ada ibu bapa yang tidak mampu untuk menghantar ke pusat penjagaan anak-anak atau nursery kerana penambahan kos yang tinggi.

Tetapi, demi menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam zaman yang serba susah ini, keadaan amat mendasak untuk bekerja. Terbaharu, satu video berkenaan seorang rider grab menggendong anak sambil mencari rezeki di tengah panas mendapat perhatian netizen.

Rider Grab Gendong Anak Sambil Cari Rezeki Tengah Panas, Buat Netizen Sebak

rider grab gendong anak

Video yang dikongsikan oleh @abamskhai di laman TikTok itu mendapat 1.3 juta tontonan setakat ini kerana ramai netizen memberi reaksi terhadap kisah dalam video berkenaan. Menerusi video tersebut, rider Grab yang bernama Amirul itu ditemui oleh seorang penjawat awam, Khairul Fazli, 42, pada Selasa.

Kata Khairul, dia terserempak dengan rider Grab itu di Jalan Chan Sow Lin sebelum menghampiri motosikalnya untuk bertanya lebih lanjut mengenai situasi yang dialami.

“Masa tu saya naik motor. Daripada jauh nampak motor dia dan ada kaki kecil yang terjuntai. Jadi saya potong motor dia untuk lihat dengan lebih dekat. Saya dapati penunggang itu adalah seorang lelaki, sebelah tangan pegang handle motor, sebelah tangan lagi menutup kepala seorang bayi daripada terkena mentari,” jelasnya.

Dia menambah, apabila nampak situasi berkenaan, dia memanggil rider Grab tersebut untuk menemuramah sekejap dan merakam videonya demi menunjukkan kehebatan seorang bapa dan juga motivasi kepada orang ramai.

Dalam video yang dikongsikan, rider tersebut memaklumkan bahawa dia menetap di Jinjang, Kuala Lumpur dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Dia mula membawa si kecil itu ketika keluar mencari rezeki kerana isterinya juga harus keluar bekerja.

“Wife keluar pukul sembilan, lepas tu saya start kerja. Kadang-kadang sampai petang, kalau tak hujan lambat sikit la. Saya akan beri nasi ketika bawa anak kecil keluar kerja bersama dan setelah pulang rumah, saya akan beri susu.

“Kalau kat rumah je minum susu. Wife baru kerja. Kalau tak, dia tak kerja. Dekat sebulan (bawa bayi kerja). Anak ada tiga orang, seorang mak jaga, yang satu lagi sekolah,” jelas Amirul.

Isteri Baru Kerja, 2 Orang Anak Lagi Mak Jaga Dan Sudah Sekolah

rider grab gendong anak

Dalam perkembangan sama, Khairul yang merakam video berkenaan juga dijangka akan menarik Amirul untuk mendalami ilmu berkaitan baik pulih perkakasan elektrik. Untuk makluman, Khairul merupakan seorang pembaiki mesin basuh dan peti ais.

Menurut perkembangan terbaharu daripada Mstar, penangan video tular yang dikongsi turut membawa pertemuan team personaliti dakwah Ebit Liew bersama Amirul di Masjid Negara.

@abamskhai

Jom doakan Amirul dapat memikul tanggung jawab dengan penuh dedikasi

♬ A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC

@abamskhaiJom doakan Amirul dapat memikul tanggung jawab dengan penuh dedikasi♬ A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC

Meninjau ruangan komen, ramai yang bersimpati dan memahami simpati rider Grab berkenaan kerana memahami keadaan ekonomi yang semakin susah sekarang.

Mengambil salah satu komen netizen, @azueizz berkata, “bukan suka-suka dia nak bawa anak. Kemungkinan dia takda duit untuk upah pengasug sebab bayaran pengasuh pun mahal. Semoga murah rezeki beliau,”tulisnya.

“Bukan Sengaja Bawa Anak Macam Ni’

rider grab gendong anak

Menerusi isu rider Grab gendong anak ini, diharapkan ada suatu jalan buat kita semua untuk hidup dalam lingkungan yang menjaga kebajikan orang susah. Semoga negara ini menjamin lebih banyak peluang pekerjaan yang stabil untuk kita semua.

Sumber: abamskhai

Baca juga: Sarat Mengandung Tapi Tetap Gigih Kerja Di Starbucks, Ramai Yang Kagum Dengan Wanita Ini

tags: | | |