Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hantar Makanan Boleh, Buat Lawak Boleh”, Rider Grab Hiburkan Hati Orang Ramai, Buat ‘Aksi’ Atas Jalan Raya

“Hantar Makanan Boleh, Buat Lawak Boleh”, Rider Grab Hiburkan Hati Orang Ramai, Buat ‘Aksi’ Atas Jalan Raya

Kategori:
rider Grab hiburkan hati

Bercerita mengenai penghantar makanan, umum mengetahui pelbagai bakat yang ditunjukkan oleh mereka. Bukan sahaja menjadi penghantar makanan berjaya, malah mereka juga penjaga lalu lintas yang hebat dan penyelamat ketika sesuatu kemalangan berlaku. Rider akan sentiasa ada menjadi unsung heroes di mana-mana tempat kejadian.

Terbaharu, melalui sebuah video tular di TikTok, seorang rider juga boleh menjadi penghibur dan pelawak. Ini kerana video yang dikongsikan oleh Izwanie mempamerkan seorang rider Grab yang menunjukkan ‘aksi’ seperti bersilat atau kung fu secara tiba-tiba.

“Hantar Makanan Boleh, Buat Lawak Boleh”, Rider Grab Hiburkan Hati Orang Ramai, Buat ‘Aksi’ Atas Jalan Raya

rider Grab hiburkan hati

Tidak dapat dikenalpasti apakah niat rider berkenaan melalukan aksi tersebut, tetapi gelagatnya begitu mencuit hati sesiapa yang menonton video berkenaan. Rider Grab telah menghiburkan hati orang ramai dengan menunjukkan ‘aksi’ melibas kaki seperti menunjukkan satu skill tendangan.

Apa yang menjadikan ia lawak, rider Grab tersebut seolah tidak mempedulikan orang sekeliling dan kakinya telah tersangkut di side mirror motornya. ‘Aksi’ dilakukan ketika dia berhenti menunggu lampu merah bertukar menjadi hijau di atas jalan raya.

Aksi Macam Silat Dan Kung Fu?

rider Grab hiburkan hati

@waniridzuan88tergelak😂

♬ Funny Laugh no no no – Sound Effect

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang terhibur dengan sikap dan ‘aksi’ yang tiba-tiba ditunjukkann oleh rider berkenaan. Ada yang mengatakan bahawa dengann menonton video itu, stress nya hilang kerana dapat melepaskan tawa buat seketika.

“Orang penat balik kerja pun terhibur,” kata Izwanie.

“Hilang stress orang lain tengok awak ni,” kata seorang netizen lain bernama Sakura.

Selain itu, ada juga netizen berpendapat bahawa rider Grab berkenan ingin meniru ‘aks’i seorang polis luar negara yang turut melalukan ‘aksi’ seperti itu.

“Lawak lah hang mesti nak ikut stylo polis luar negara haritu,” kata JanG71.

“Akak faham kau nak buat macam abang trafik tu kan, cuba lagi dik,” komen Mak Didah dengan nada jenaka dan menghiburkan.

“Balik Kerja Hilang Stress Tengok Video Ni”

rider Grab hiburkan hati

Apa-apa pun semoga rider Grab berkenaan dipermudahkan urusannya dan keselamatannya.

Sumber: Izwanie

Baca juga: Jual Roti Canai 50 Sen Sejak 32 Tahun, Pak Kamil Mahu Kekalkan Harga Macam Tahun 90 An

tags: | |