Musim Perintah Kawalan Pergerakan ini pastinya ramai yang menggunakan perkhidmatan penghantar makanan. Tidak kira sama ada GrabFood, Foodpanda atau lain-lain. Seringkali kita mengharapkan servis yang terbaik daripada mereka. Dan ya, mereka telah cuba sedaya upaya lakukan yang terbaik buat pelanggan mereka. Sekiranya ada perkara yang berlaku seperti makanan atau minuman yang dipesan tidak cukup atau rosak pastinya ia kurang menggembirakan.
Berkenaan dengan makanan yang dihantar oleh rider ini, ada seorang pengguna Twitter merasa sangat kecewa kerana air yang dipesannya di Starbucks tidak cukup. Malah , beliau menuduh rider yang menghantar pesanan tersebut kepadanya mencuri salah satu minuman miliknya itu.
Maaf ye tetapi berdasarkan gambar tu, bekas minuman untuk air di bawah memang hanya 2 minuman sahaja. Plus, setiap order, packaging telah di seal. Memandangkan dah report melalui help centre, jangan risau, team in charge akan bantu anda. Terima kasih.
— Grab Malaysia (@GrabMY) February 13, 2021
Namun, akaun rasmi Grab Malaysia terus memberi respon di tweet tersebut dan menjawab setiap bungkusan yang ditempah akan terus dibungkus. Tugas rider cuma datang ambil pesanan dan terus hantar ke pelanggan. Isu rider ambil minuman tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak dibenarkan untuk membuka sebarang bungkusan pelanggan.
https://twitter.com/exmnexmnmn/status/1360573616346132484?s=20
Pengguna ini juga mendakwa beliau sepatutnya menerima 3 cawan minuman dan yang sampai kepadanya hanya dua cawan. Dalam gambar yang dikongsi olehnya itu, bilangan cup holder ada dalam beg berkenaan adalah untuk dua bekas. Jadi masalah ini adalah sebenarnya berpunca daripada pihak Starbucks AEON Shah Alam yang mungkin terlepas pandang membaca pesanan dengan betul.
Ekoran itu, netizen tidak bersetuju dengan tindakan lelaki ini yang menularkan dakwaan tidak berasas kepada rider. Malah ramai yang berpihak kepada rider yang bekerja tanpa henti untuk menghantar makanan dan minuma yang dipesan oleh pelanggan. Tambahan pula, gaji rider sebenarnya tinggi, tiada sebab untuk mereka mencuri makanan atau minuman pelanggan.
CC grab (melalui abam kasi komen bergambar dkt atas) pic.twitter.com/M6Pq5mh6ue
— EL Minoe (@elmin0e) February 13, 2021
Semoga perkara yang sedemikian rupa tidak terjadi lagi. Dan buat pengetahuan korang, sekiranya pesanan yang anda pesan di Grab tidak mencukupi, anda boleh buat report. Pihak Grab biasanya akan pulangkann bayaran yang anda telah buat selepas report diterima.
Terbaharu : Lelaki Tuduh Rider Curi Air Starbucks Kini Digantung Kerja, Majikan Turut Memohon Maaf