Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Rider GrabFood Gigih Redah Banjir, Buat Netizen Tersentuh

Rider GrabFood Gigih Redah Banjir, Buat Netizen Tersentuh

Kategori: ,
Rider GrabFood

Permintaan untuk penghantara makanan sejak akhir-akhir ini semakin tinggi susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Selepas PKP dilaksanakan, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan perkhidmatan atas talian supaya mereka tidak keluar rumah untuk mengelakkan jangkitan Covid-19.

Rata-rata daripada kita baru menyedari betapa besarnya tugas seorang penghantar makanan ini. Mereka tetap melaksanakan tugas mereka walaupun dalam panas terik, hujan, lapar dan dahaga.

Seorang pengguna twitter bernama @WongZaff  berkongsi satu video yang dirakam olehnya ketika sedang membuat penghantaran sumbangan. Menerusi video itu, seorang rider GrabFood gigih meredah banjir dengan motosikalnya itu. Kesungguhan beliau dalam membuat kerja dapat dilihat melalui video yang telah tular itu.

https://twitter.com/WongZaff/status/1253229018431623168?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1253229018431623168&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2020%2F04%2F24%2Fvideo-rider-grabfood-gigih-redah-banjir-dengan-motosikal-buat-ramai-tersentuh%2F

Video yang berdurasi 14 saat itu telah membuat ramai kalangan warga Twitter tersentuh. Mereka juga turut mendokan kepada rider yang gigih mencari rezeki.

tags: