Penghantaran makanan secara atas talian sudah sinonim dengan jenama syarikat Foodpanda. Syarikat penghantaran yang menggunakan tema warna merah jambu (pink) yang meluas dan menggunakan beg pink untuk menghantar makanan di mana sahaja korang berada.
Terbaharu, isu pertukaran beg penghantaran oleh rider Foodpanda yang menggunakan beg Foodpanda pink kepada beg kuning dengan perkataan Bekal mengelirukan orang ramai.
Ada yang tertanya mengapa pertukaran itu berlaku kerana ada yang masih menggunakan beg Foodpanda pink dan ada yang menggunakan beg baharu berwarna kuning dengan tertulis perkataan Bekal.
Menurut laman web syarikat Foodpanda, Bekal diwujudkan di bawah syarikat yang sama.
Rider yang menggunakan beg penghantaran Bekal adalah adalah satu-satunya platform penghantaran di Malaysia yang mendapat pengiktirafan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bekal oleh Foodpanda hanya menghantar makanan yang disahkan halal sahaja, terus ke depan pintu pelanggan.
Dari penyediaan makanan oleh rakan kongsi sehinggalah ke penghantaran oleh rider kami, setiap langkah mematuhi syarat pensijilan halal JAKIM. Ini supaya pelanggan boleh menikmati semua kegemaran hidangan mesra Muslim dengan kepuasan 100%.
Dengan sijil halal yang diterima, Bekal by Foodpanda juga mahu berfungsi sebagai satu saluran kepada insentif dan bantuan kerajaan terhadap ekosistem vendor halal yang semakin berkembang, merancang untuk menyediakan latihan kepada vendor makanan dan minuman yang berusaha mendapatkan sijil halal.
Bagi menjayakan hasrat tersebut, Bekal by Foodpanda menubuhkan Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diperakui oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jadi, jika rider menggunakan beg penghantaran yang lama, mereka boleh meneruskan untuk mengambil pesanan non-halal daripada vendor kepada pelanggan. Korang boleh membezakannya dari situ.
Ketika ini Bekal by Foodpanda sedang meluas di kawasan sekitar Putrajaya dan liputannya dijangka tersebar ke Lembah Kelang pada Julai akan datang seterusnya ke seluruh negara menjelang penghujung tahun ini.
Sumber: Foodpanda