Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bayar Duit Tak Cukup, Tapi..”, Rider Kesal Pelanggan Layan Macam Ni, Setidaknya Cakaplah Terima Kasih..

“Bayar Duit Tak Cukup, Tapi..”, Rider Kesal Pelanggan Layan Macam Ni, Setidaknya Cakaplah Terima Kasih..

Kategori:
rider kesal pelanggan layan macam ni

Setiap pekerjaan mempunyai kepayahan yang tersendiri. Termasuklah bekerja sebagai penghantar makanan ataupun lebih dikenali sebagai rider. Faktor luaran seperti cuaca tidak menentu dan juga kerenah pelanggan yang tidak dapat diduga merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi.

Terbaru, sebuah video yang dimuatnnaik oleh seorang rider tular di media sosial. Video itu memaparkan kekesalan rider terbabit apabila pelanggan membayar jumlah pembayaran makanan dengan kadar yang kurang dari jumlah sebenar.

“Bayar Duit Tak Cukup, Tapi..”, Rider Kesal Pelanggan Layan Macam Ni, Setidaknya Cakaplah Terima Kasih..

Melaui perkongsian video terbabit, rider berkenaan berkata, makanan yang harus dibayar adalah RM14.54, tetapi pelanggan hanya membayar RM14 tanpa mengucapkan sebarang terima kasih dan berlalu pergi begitu sahaja.

rider kesal pelanggan layan macam ni

“Aku dah hantar bersuara lah sikit cakap terima kasih ke apa. Ni bagi duit lepastu cabut. Kau bagi duit pun RM14 je. Tengok lah harga berapa (RM14.54). Panas betul aku dengan orang berlagak ni.

“Bukan nak berkira sangat dengan 50 sen tu. Ya ya pun cakap lah terima kasih ke apa. Tak kira habis lagi duit dia dah laju masuk rumah. Nak panggil pun pintu dah tutup,” luahnya berkenaan kisah rider kesal pelanggan layan macam ni.

rider kesal pelanggan layan macam ni

Kisah dan masalah yang dikongsi olehnya mendapat perhatian netizen sehingga turut mencetuskan kemarahan dan kekesalan netizen lain terhadap sikap pelanggan sebegitu. Ada juga netizen yang turut bekerja sebagai rider berkongsi pengalamannya berhadapan dengan kerenah pelanggan.

“Saya pernah kena juga bang masa delivery order Grab. Customer order by cash. Total semua RM29.50. Cust bayar RM25 pastu dia cakap keep the change,” luah seorang rider lain di ruangan komen berkenaan kisah rider kesal pelanggan layan macam ni.

Selain itu, netizen juga berkata walaupun 1 sen sahaja yang kurang sekalipun, itu adalah hal halal haram.

“50 sen pun bermakna untuk rider. 50 sen kalau Grab jauh jugak huhu.”

“50 sen pun kalau kita tak ikhlaskan, haram.”

50 Sen Pun Bermakna Untuk Rider

rider kesal pelanggan layan macam ni

Itulah kata-kata dan pandangan netizen berkenaan isu yang dikongsi demikian.

Melalui kisah rider kesal pelanggan layan macam ni, sepatutnya sebagai pelanggan, haruslah melihat dengan teliti jumlah bayaran sebelum dibayar kepada rider. Ini bagi mengelakkan hal seperti ini terjadi.

Dan apa sekalipun urusan, ucaplah terima kasih sebagai penghargaan kepada seseorang.

Kepada rider juga, menurut kebanyakan cadangan netizen, mungkin boleh mengambil bayaran terlebih dahulu sebelum memberi makanan.

Jika kita permudahkan urusan orang lain, Tuhan aku permudahkan urusan kita juga.

Sumber: Zull

Baca juga: “Kami Semakin Kritikal, Ini Bukan Soal Untung”, Akibat Kekurangan Pekerja Asing, 3 Ribu Pengusaha Restoran Gulung Tikar

tags: | |