Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Rider ‘Menggigil’ Kesejukan Selepas Hantar ‘Order’ Buat Netizen Tersentuh, Ramai Turut Mendoakan

Rider ‘Menggigil’ Kesejukan Selepas Hantar ‘Order’ Buat Netizen Tersentuh, Ramai Turut Mendoakan

Kategori:
penghantar makanan

Demi mencari sumber rezeki, ramai yang terpaksa bekerja apa sahaja demi mendapatkan pendapatan yang halal tak kira dalam cuaca panas ataupun hujan. Mereka yang paling terkesan semasa hujan adalah penghantar makanan yang sentiasa bekerja keras demi memastikan pesanan pelanggan tiba dengan selamat.

Seorang rider makanan sanggup redah hujan lebat demi pesanan pelanggan

Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial Facebok berkongsikan detik mengharukan apabila seorang rider makanan sanggup meredah hujan lebat demi memenuhi pesanannya.

Lihat video yang dikongsikan oleh Wahida Shafiqa II di bawah. Kelihatan seorang rider memakai baju hujan dalam keadaan basah kuyup. Tangannya juga kelihatan menggigil kesejukan ketika memegang telefon miliknya. Klik di sini untuk lihat video.

Video tersebut juga telah membuatkan orang ramai berasa terharu melihat usaha rider berkenaan. Lihat komen netizen di bawah.

“Semoga tabah dalam mencari rezeki..”

“Semoga rezeki berlipat kali ganda..”

 

Sumber: Wahida Shafiqa II

tags: |