Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Rindu Nak Makan Skon? Inilah Resepi Skon Homemade Sedap Ala-ala Cameron Highland, Sekali Buat Mesti Nak Lagi

Rindu Nak Makan Skon? Inilah Resepi Skon Homemade Sedap Ala-ala Cameron Highland, Sekali Buat Mesti Nak Lagi

Kategori: ,
Resepi Scone Homemade

Skon ialah makanan yang dibakar, biasanya diperbuat daripada gandum atau oat dengan serbuk penaik sebagai agen penaik, dan dibakar di atas kuali. Skon selalunya sedikit manis dan kadangkala disalut dengan kuning telur.

Skon biasa itu sendiri adalah ultra mentega dengan sedikit rasa manis. Terdapat begitu banyak perisa yang boleh anda tambahkan terus ke dalam doh, atau iringi dengan jem atau mentega berperisa. Ianya sangat lembut dan ringan.

Skon adalah antara pastri yang sedap dan takkan jemu makan, pasti rasa nak tambah lagi. Ia sangat rangup di luar tetapi lembut di dalam. Hidangan ni memang sesuai untuk minum petang atau bila-bila masa anda mahu. Biasanya beli di Cameron Highlands tetapi kali ni kita buat sendiri ala-ala Cameron Highlands, tak perlu susah-susah pergi ke sana.

Scone Homemade

Resepi Skon Homemade

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan gula (boleh ganti dengan madu)
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 200g mentega (pure butter lebih baik dan mesti kertas)
  • 1 biji telur + esen vanilla
  • Suku cawan susu segar atau secukupnya

Cara Buat

  1. Campurkan tepung, gula, garam, serbuk penaik dan mentega.
  2. Gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan campuran telur dan esen vanilla ke dalam adunan. Gaul rata.
  4. Masukkan susu sedikit sebanyak 1 sudu dulu. Uli sehingga adunan menjadi doh.
  5. Kalau doh macam keras, boleh tambah susu sikit. Jangan banyak sangat, nanti doh terlalu lembik.
  6. Bila dah jadi doh, bulat-bulatkan dan letak atas loyang bakar. Sapukan dengan kuning telur.
  7. Bakar selama 20-30 minit, atau sehingga masak. Suhu 200°.

Nota: Kalau suka garing atau rangup diluar, boleh bakar 30 minit keatas.

Scone Homemade

Inilah resepi skon untuk mereka yang mahu cuba. Mungkin dari dulu tak pernah merasa, jangan risau resepi yang dikongsikan oleh Cik Hafizah ini memang menjadi dan bagus untuk mereka yang ingin mencuba. Jadi, selamat mencuba.

Kredit: Hafizah Adimun

Baca Juga: Kini Anda Boleh Cuba Dalgona Susu Strawberi Dan Resepi Dalgona Lain

tags: