Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Risau Biskut Nabati Scam, Lelaki Ini Kira Berapa Extra 30% Nabati Untuk Pastikan Sama Dengan Label Pada Plastik. Ramai Netizen Mengamuk!

Risau Biskut Nabati Scam, Lelaki Ini Kira Berapa Extra 30% Nabati Untuk Pastikan Sama Dengan Label Pada Plastik. Ramai Netizen Mengamuk!

Kategori:
biskut Nabati

Jika kita membeli makanan dan kudapan, pasti sesetengahnya ada mengadakan promosi atau label dengan perkataan extra untuk menarik perhatian pelanggan.

Pelanggan akan merasakan apa yang dibeli mereka berbaloi kerana mendapat extra makanan dengan membayar harga sama.

Risau Biskut Nabati Scam, Lelaki Ini Kira Berapa Extra 30% Nabati Untuk Pastikan Sama Dengan Label Pada Plastik. Ramai Netizen Mengamuk!

biskut Nabati

Tetapi, lain dengan fikiran seorang lelaki ini apabila dia membeli biskut Nabati dan mengira lebihan biskut yang dikatakan extra 30% pada plastik berkenaan. Videonya tular hingga mendapat 90 ribu tanda suka dan beribu-ribu komen setakat ini dengan pelbagai reaksi netizen.

“Tengah makan Nabati ni tiba-tiba aku nampaklah tulis extra 30%. Jadi aku terfikir, berapa banyak sebenarnya extra 30% ni. So, jom try kira,” kata lelaki berkenaan mengira lebihan biskut Nabati itu.

Menerusi videonya, dia menggunakan rumusan formula matematik (isipadu kuboid) dengan mengukur tinggi, panjang dan lebar. Dia mengira kesemua 30 batang biskut Nabati yang ada di dalam satu plastik berkenaan.

biskut Nabati

“Jangan cakap aku boikot Nabati pulak,” ulasnya lanjut.

Besar Ni Je 30% Extra Nabati

biskut Nabati biskut Nabati

@alongllo

Jangan cakap aku boikot nabati pulak matematikamudah nabati mathspm sirsyafi

♬ original sound – Syafiuddin Baharudin – Syafiuddin Baharudin

@alongllo Jangan cakap aku boikot nabati pulak #matematikamudah #nabati #mathspm #sirsyafi ♬ original sound – Syafiuddin Baharudin

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang marah secara terhibur apabila lelaki ini menghitung biskut Nabati yang dikatakan extra 30% berkenaan.

“Cuba kira sabun yang 99.9% dapat membunuh kuman tu,” kata Ayden.

“Mantap lah bang, SPM tahun depan keluar Nabati pulak,” komen Arif.

“Makan je lah bang kau kira pulak,” tulis Adam.

Makan Je Lah Bang..

biskut Nabati

Melihat kepada video ini, perasaan ingin tahu seseorang akan mendedahkan segalanya. Jadi, sentiasalah ada perasaan ingin tahu supaya kita tidak tertipu dalam apa jua keadaan. Min nak sambung gelak jap!

Sumber: Syafiuddin Baharuddin

Baca juga: Dari Teruja Bertukar Kecewa, Lelaki Ini Luah Rasa Kesal Beli Corn Dog Cheese Tapi Yang Dapat Corn Dog Tempe

tags: |