Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Risau Sebab Ada Baby, Pasangan Ini Sanggup Makan Nasi Kandar Dalam Kereta

Risau Sebab Ada Baby, Pasangan Ini Sanggup Makan Nasi Kandar Dalam Kereta

Kategori:
Makan Nasi Kandar Dalam Kereta

Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) yang masih dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Selangor telah banyak memberi impak dalam kehidupan seharian. Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) turut dilaksanakan di premis makanan membuat ramai mengambil pendekatan untuk tapau atau menggunakan penghantaran.

Jika tetap mahu menikmati makanan di kedai, hanya dua hingga empat orang sahaja dibenarkan di satu meja. Ianya sebagai langkah untuk membendung wabak Covid-19 daripada terus menular.

Risau Sebab Ada Baby, Pasangan Ini Sanggup Makan Nasi Kandar Dalam Kereta

Namun, ada sesetengah makanan yang tidak berapa sedap jika ditapau seperti nasi kandar. Seperti kisah pasangan suami isteri ini yang teringin untuk menikmati nasi kandar, namun memikirkan dua orang anaknya yang masih kecil, membuatkan mereka sanggup untuk angkut pinggan dan makan dalam kereta.

Ini di antara kata-kata posting Mohd Firdaus di laman sosial Facebook, turut membuatkan ramai yang memahami keadaan pasangan suami isteri tersebut.

Duk ketagih NK, tapi…

Nak ke Penang xleh coz PKPB

Nak makan kt Restoran xleh ada baby

Nak bungkus, xsurrr

Nah, abam bawa masuk pinggan, pinjam makan dlm keteeeee je.

Netizen Turut Tinggal Komen Mencuit Hati

Netizen turut tidak ketinggalan meninggalkan komen di posting tersebut.

Kredit: Mohd Firdaus Jaafar Ng

tags: