Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Risiko Suap Madu Kepada Bayi Bawah Setahun, Boleh Sebabkan Sendi Longlai Layu

Risiko Suap Madu Kepada Bayi Bawah Setahun, Boleh Sebabkan Sendi Longlai Layu

Kategori: ,

Apabila bayi sudah memasuki 6 bulan, mereka sudah boleh makan makanan selain susu. Namun begitu, si comel tidak boleh diberikan sembarangan makanan kerana sistem penghadaman mereka masih belum matang.

Meski makanan sunnah seperti madu sekalipun, kerana ia sebenarnya tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi kerana boleh memberi kesan yang bahaya.

Seperti perkongsian oleh Dr. Ahmad Samhan, beliau berkongsikan detik cemas apabila seorang bayi dikejarkan ke zon merah dalam keadaan kritikal. Setelah diperiksa, rupa-rupanya bayi itu telah diberi minum air campuran madu oleh si ibu selepas mengalami batuk selama beberapa hari.

Nak makan madu boleh, tapi TIDAK untuk bayi kurang dari setahun

Walaupun madu mempunyai banyak khasiat, namun Dr. Ahmad Samhan menegaskan bahawa ia tidak sesuai diberikan kepada bayi berumur kurang dari setahun kepada akan memberi banyak kesan sampingan.

Elak ambil makanan mengandungi madu

Beliau turut berkongsi cara terbaik untuk mencegah masalah tersebut. Ibu bapa juga perlu mengelakkan daripada mengambil hidangan berunsurkan madu ketika makan di luar mahupun semasa melakukan rawatan alternatif.

Sumber: Dr. Ahmad Samhan

tags: |