Di Pulau Pinang, terdapat banyak gerai roti canai yang terkenal dan menjadi tumpuan orang ramai. Antaranya ialah Roti Canai Transfer Road.
Lokasi gerai roti canai ini terletak di Jalan Transfer, Georgetown, Pulau Pinang. Gerai ini mula beroperasi pada jam 7.30 pagi sehingga jam 1.30 petang. Pada hari minggu atau cuti umum pula, perniagaan mereka akan beroperasi pada jam 1.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi sahaja.
Boleh dikatakan setiap awal pagi, gerai roti canai ini akan dipenuhi dengan kunjungan pelanggan untuk menikmati sarapan mereka di bahu jalan.
Selain itu, pelbagai jenis menu yang ditawarkan di sini. Antara menu yang special selain daripada roti canai ialah roti bakar telur goyang. Goyangngan telur di atas roti bakar tersebut memang sangat menggoda dan terbaik. Ia merupakan menu yang sering dipromosikan.
Untuk menu roti canai yang ditawarkan adalah roti canai, roti telur dan dimakan pula bersama aneka jenis kuah seperti kari ayam, kambing, ikan, dan sebagainya.
Roti canai yang dimakan secara banjir juga, sememangnya sangat sedap, menyelerakan serta memikat hati para pelanggan yang merasanya.
Tonton video di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat ini:
Sumber: Hypp Inspirasi