Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Mulai 1 September Roti Gardenia Akan Naik Harga Lagi, Kata Pengeluar

Mulai 1 September Roti Gardenia Akan Naik Harga Lagi, Kata Pengeluar

Kategori:
Roti Gardenia akan naik harga

Seperti sedia maklum, roti Gardenia adalah roti yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Dibandingkan dengan jenama lain, jika sebut saja pasal roti pasti akan dikaitkan dengan jenama itu.

Mulai 1 September Roti Gardenia Akan Naik Harga Lagi, Kata Pengeluar

Roti Gardenia akan naik harga

Dalam perkembangan terbaharu mengenai roti Gardenia, Sinar Harian melaporkan pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bekeries (KL), Koh Chin Huat berkata, ia susulan pengemaskinian harga terhadap 53 jenis produknya.

“Kami telah sedaya upaya mengekalkan harga jualan sebelum ini, tetapi disebabkan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan.

Harga Bahan Mentah Seperti Tepung Naik, Kami Harus Naikkan Harga

Roti Gardenia akan naik harga

Perubahan itu antaranya membabitkan harga roti Gardenia Original Classic yang naik 20 sen kepada RM3. Manakala harga Gardenia Original Classic Jumbo adalah RM4.30, naik 30 sen.

Roti bijirin gandum penuh Gardenia pula akan dijual pada harga RM4 sementara roti Bran & WheatGerm berharga RM3.50.

Roti krim QuickBites naik 10 sen menjadi RM1.10 dan roti sambal bilis meningkat 20 sen menjadi RM1.50.

Surat mengenai perubahan harga produk roti Gardenia yang dihantar kepada peruncit itu juga tular di media sosial dan turut dikongsi pengguna Twitter yang menggunakan nama @KlutzyKucing.

“Ingatkan 1 September 2022 jumlah jam bekerja dah jadi 45 jam seminggu rupanya 1 September harga roti Gardenia naik,” ciapnya dalam isu roti Gardenia akan naik harga itu.

Perubahan harga itu menyaksikan harga produk roti Gardenia naik lagi dalam tempoh tidak sampai setahun kerana syarikat itu baharu sahaja dilaporkan mengumumkan semakan harga pada 1 Disember tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Warga Emas Sediakan RM2 Beli Kopi, Terkejut Bila Kena Bayar RM10, Kisah Pakcik Ini Buat Netizen Sebak Terkenang Perangai ‘Abah’

tags: | |