Kedai Kopi P. Ramlee ini terletaknya di Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail. Di kedai ini penuh di hiasi dengan gambar-gambar dan artikel mengenai Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Di sini terdapat pelbagai jenis makanan tradisional dan kuih-muih tradisional. Istimewanya makanan di sini ialah makanan yang di hidangkan kepada pelanggan masih panas dan suasana yang lahir daripada kedai kopi ini menggamit kenangan-kenangan lama.
Makanan yang dihidangkan seperti roti jala akan di jala apabila ada permintaan daripada pelanggan. Justeru itu, pelanggan boleh dihidangkan dengan roti jala yang masih panas. Roti jala ini boleh di makan dengan kari ayam atau rendang ayam.
Kedai kopi ini juga memutarkan lagu-lagu P.Ramlee dan mengembalikan nostalgia lama buat pelanggan yang singgah. Kopi yang disediakan juga amat memuaskan mengikut citarasa lama.
Tonton video di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tempat ini:
Kredit: Hypp Inspirasi