Kebersihan merupakan salah satu perkara yang sangat perlu dititikberatkan. Bukan sahaja dari segi tempat tinggal dan pakaian malah dari segi pemakanan ia juga patut dijaga. Lebih-lebih lagi sewaktu memasak atau menyediakan telur.
Berkenaan dengan telur ini, ada seorang wanita berkongsi sebuah kisah mengenai rumahnya yang berbau busuk seperti bau bangkai. Setelah diberitahu oleh adiknya rupa-rupanya bau tersebut adalah datang dari telur busuk yang direbus oleh ibunya.
Malah apa yang lebih menggelikan lagi adalah apabila adiknya telah makan separuh dari telur busuk berkenaan. Sewaktu bercerita kepada kakaknya, lelaki tersebut beberapa kali hampir termuntah sewaktu mengadu mengenangkan telur tersebut sudah berulat dan bertukar hijau.
@nishhhh09 Al kisah termakan telur busuk🤣🤣🤣 haa kira la berapa kali dia terbelahak. Adik aku sorang ni macam macam hal lah #fyp
@anishaemyra7Al kisah termakan telur busuk🤣🤣🤣 haa kira la berapa kali dia terbelahak. Adik aku sorang ni macam macam hal lah ##fyp
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok seolah-olah berasa kasihan kepada pemuda ini yang mana asyik termuntah dan ibarat tidak dapat menerima kejadian menggelikan tersebut.
Pasti ia menjadi kejadian yang tidak boleh dilupakan buat pemuda ini. Tengok sahaja lah dia bercerita pun asyik nak termuntah je. Mungkin selepas ini kita semua perlu lebih berhati-hati sebelum makan sesuatu makanan.
Sumber: TikTok Anisha