Pada bulan Mac lalu, McDonald’s mengumumkan bahawa ia menutup sementara semua 847 restorannya dan menangguhkan operasi di Rusia.
Langkah itu dibuat ketika syarikat tersebut berdepan kritikan kerana gagal menarik diri daripada pasaran Rusia di tengah-tengah kemarahan antarabangsa terhadap pencerobohan negara itu ke atas Ukraine.
Terbaharu, mengenai perkembangann McDonald’s di negara berkenaan, Rusia pada minggu hadapan dijangka membuka semula 15 restoran makanan segera itu dalam versi baharu.
Penjenamaan baharu itu menampilkan logo berbentuk bulatan dengan dua baris, yang dikatakan melambanngkan burger dan dua kentang goreng. Nama rasminya belum didedahkan, namum beberapa pilihan sedang dipertimbangkan.
Nama-nama yang sedang dipertimbangkan termasuk ;Tom Samyi;, yang bermaksud ;yang sama’ dan ‘Svobodnaya Kassa’ yanng bermaksud ‘daftar tunai yang tersedia’.
“Latar belakang hijau logo melambangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang biasa digunakan oleh pengguna kami,” kata jurucakap sistem PBO, firma yang menguruskan perniagaan milik McDonald’s di Rusia sebelum ini.
Pengguna media sosial mengulas bahawa logo baharu itu masih kelihatann seperti ‘M’. Malah ada netizen yang berkata bahawa logo itu kelihatan seperti bendera Bangladesh, yanng turut mempunyai latar belakang hijau gelap dan bulatan merah dalam rona serupa dengan logo baharu.
Menurut akhbar Izvestia, sistem PBO telah menyerahkan lapan nama berpotensi seperti di atas untuk rangkaian baharu itu kepasa Rospatent, yang merupakan agensi kerajaan Rusia yang bertanggungjawab ke atas harta intelek.
McDonald, Sistema PBO dan Rospatent bagaimanapun tidak memberi respon kepada BBC ketika diminta mengulas hal itu. Penutupan pada Mac lalu yang disebabkan ‘krisis kemanusiaan’ dan ‘persekitaran operasi yang tidak dapat diramalkan’ oleh kerana perang.
Alexander Govor, yang mengendalikan 25 restoran McDonald’s di Siberia, akan mengambil alih restoran firma itu. Di bawah perjanjian itu, McDonald’s berkata ia akan menngekalkan tanda dagangannya di Rusia.
Ia juga mempunyai pilihan unntuk membeli balik restorannya dalam tempoh 15 tahun. Sebelum mengumumkan bahawa ia akan meninggalkan Rusia, McDonald’s telah beroperasi di negara itu selama lebih 30 tahun.
Gergasi makanan segera itu membuka restoran Rusia pertamanya di Moscow pada Januari 1990.
Jadi, jelaslah, perang dan krisis kemanusiaan ini memang akan menyusahkan semua pihak dan hanya akan menguntungkan pihak-pihak yang tertentu sahaja.
Sumber: BBC
Baca Juga: Suka Makan Daging Anjing, 150 Ekor Dibunuh Setiap Hari Untuk Santapan