Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Orang Lama Buat Sambal Lada, Jeruk Dengan Air Kelapa Muda. Memang Sedap Boh!

Ini Cara Orang Lama Buat Sambal Lada, Jeruk Dengan Air Kelapa Muda. Memang Sedap Boh!

Kategori:
sambal lada jeruk

Ini dia cara orang lama buat jeruk cili kampung untuk dijadikan sambal lada atau air lada. Mereka akan menggunakan air kelapa muda. Memang sedap rasanya. Apabila di jeruk dengan air kelapa muda, selepas satu minggu air kelapa yang jernih akan bertukar keruh jika di simpan suhu bilik. Dan cili tersebut juga akan terapung dekat atas semua.

Masa buka pula, akan ada bau semerbak. Memang membangkitkan selera. Makan dengan mee goreng basah atau nasi air atau nasi berlauk. Memang bertambah sedapnya.

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. 1 kilo cili kampung (buang kalau ada cili-cili rosak, cuci bersih tak payah buang tangkal dan sejat bagi kering).
  2. Dah kering masukkan cili dalam balang berpenutup,masukkan air kelapa paras cili.
  3. Tutup dan jeruk selama seminggu.(Jangan dibuka penutup balang tu selama jeruk)
  4. Saya simpan diluar saja untuk cili lembut dan mudah proses nak tumbuk.
  5. Simpan dalam peti boleh juga tapi lambatlah cili lembut.
  6. Bila dh seminggu,buangkan air kelapa dan jangan bilas.
  7. Bila satu minggu tu air kelapa tu akan jadi keruh dan sedikit keladak. Jangan risau ok je tu.
  8. Kali pertama bukak balang tu nanti akan bau yg sgt membuka selera.
  9. Boleh tumbuk atau kisar kasar ditambah dengan garam, gula dan cuka(apple/nipah)secukup rasa.
  10. Dah settle bolehlah masuk dlm balang lain&simpan dlm peti sejuk.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Key Tiey Via MAHN

tags: |