Siapa sahaja tidak tahu atau mengenali Sambal Nyet yang dijual oleh Khairulaming. Khairulaming merupakan selebriti media sosial yang sangat terkenal dengan video masakan yang mudah dan steady.
Jika 10 bulan yang lepas, 10 ribu botol Sambal Nyet kesemuanya terjual dalam masa 54 minit. Namun hari ini lebih luar biasa lagi apabila kesemua Sambal Nyet yang dijualnya itu terjual dalam masa 3 minit sahaja di Shopee.
Khairulaming telah menyiarkan video pendek berkenaan dengan saat-saat dia berjaya menjual sambal tersebut menerusi aplikasi Twitter. Video tersebut dimuat naik selepas 50 minit melancarkan 10 ribu botol Sambal Nyet yang viral itu.
10 bulan lepas bila Sambal Nyet di lancarkan, kita berjaya jual 10,000 botol sambal dalam masa 54 minit. Hari ni 10,000 botol sambal terjual dalam masa 3 minit. Terima kasih sgt guys sbb masih support sampai ke hari ni.
10 bulan lepas bila Sambal Nyet di lancarkan, kita berjaya jual 10,000 botol sambal dalam masa 54 minit. Hari ni 10,000 botol sambal terjual dalam masa 3 minit. Terima kasih sgt guys sbb masih support sampai ke hari ni 🙏🏻🥺🥺 pic.twitter.com/er8ShhXkC3
— Khairulaming (@khairulaming) October 10, 2021
Memang betul-betul tak terduga, walau hanya menjual sambal namun sambutannya sangat hangat. Jualan 10,000 botol Sambat Nyet dalam masa 3 minit ini betul-betul membuatkan warganet berasa terkejut dan kagum. Malah ada juga yang memanggil Khairulaming sebagai ‘sifu shopee’.
Bukan itu sahaja, seperti sebelum-sebelum ini juga kali ini masih ramai juga yang tidak sempat membeli dan tidak boleh check out sambal nyet berkenaan.
Walaubagaimanapun, disebalik kisah kejayaan seseorang pasti terselit kisah kejatuhan atau pun kisah sedih. Begitu juga dengan Khairulaming ini. Pada 2017, beliau juga pernah menjual sambal dan mengalami kerugian yang amat banyak.
Sumber: Twitter Khairulaming
Baca juga: Khairul Aming Kongsi Kisah ‘Jatuh Bangun’ Jual Sambal Pada 2017, Pernah Rugi Puluhan Ribu!