Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sambal Telur Mata Paling Mudah Untuk Berbuka, Confirm Bertambah Nasi

Sambal Telur Mata Paling Mudah Untuk Berbuka, Confirm Bertambah Nasi

Kategori:

Pejam celik, Ramadan tahun ini bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Akhir Ramadan ini, pasti ramai yang sudah buntu untuk memasak juadah sahur mahupun berbuka.

Maklumlah, terlalu banyak yang menu yang berligar-ligar dalam kepala. Apa yang penting, menu untuk sahur dan berbuka adalah menu yang cepat dan mudah untuk dibuat.

Apa kata jom cuba buat sambal telur mata yang mudah ini. Satu lauk sahaja dah cukup berselera dan dijamin sepinggan nasi tidak akan cukup! Selamat mencuba.

Resipi Sambal Telur Mata

Bahan-bahan:

  • Cili Kering rebus*
  • Bawang Merah*
  • Bawang Putih*
  • Kiub Ayam*
  • Air + Minyak sedikit*
  • Gula
  • Garam
  • Telur

Cara-cara:

  1. Kisar bahan bertanda (*) dan tumis sampai pecah minyak.
  2. Perasakan dengan gula dan garam.
  3. Kemudian masukkan telur.
  4. Perlahankan api supaya sambal tidak hangit.
  5. Sedia untuk dihidang, selamat mencuba!

Kredit: ASH @Ashsukamakan

tags: