Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sambut Birthday Di Parking Lot Hospital, Keluarga Ini Buktikan Bahawa Bahagia Itu Sederhana

Sambut Birthday Di Parking Lot Hospital, Keluarga Ini Buktikan Bahawa Bahagia Itu Sederhana

Kategori:
birthday di parking lot hospital

Kebiasaannya, majlis hari jadi disambut di rumah ataupun di mana-mana tempat seperti restoran atau pantai-pantai bagi meraikan ulang tahun seseorang. Ia merupakan tempat signifikan yang menjadi pilihan ramai.

Tetapi, berbeza dengan pengalaman sebuah keluarga yang tular di TikTok semalam. Video sambutan hari jadi yang dimuatnaik oleh seorang ibu kepada 6 orang anak bernama Bonda Umirah Taib mendapat perhatian netizen.

Sambut Birthday Di Parking Lot Hospital, Keluarga Ini Buktikan Bahawa Bahagia Itu Sederhana

birthday di parking lot hospital

Ini apabila sambutan hari jadi salah seorang anaknya disambut di ruang parking lot hospital kerana anaknya yang menyambut ulang tahun berkenaan sedang dirawat di rumah sakit. Jadi, dia dan suami bersetuju dan bersepakat untuk membawa anak-anaknya yang lain menyambut hari jadi bersama di situ.

Ia merupakan hal sederhana tetap menyenangkan.

Menerusi video itu, suaminya membentang canvas untuk dijadikan alas duduk bagi menyambut ulang tahun anaknya yang bernama Deja.

“Hari ni birthday Deja. Tapi Deja, masuk hospital. Diorang ni nak jumpa juga Deja, tapi kanak-kanak tak boleh naik.

“Apa kita buat, kita kumpulkan semua orang, kita duduk dekat parking hospital, bonda dengan Deja turun,” kata suaminya yang merupakan ayah kepada anak-anaknya itu.

Dalam video itu juga, ayahnya kelihatan bertungkus lumus bersama anaknya yang lain bagi menyiapkan kejutan untuk Deja. Ketika Deja turun untuk menyambut ulang tahunnya diringi olek emak, pada awalnya dia menyangka adik beradik yang lain tidak datang.

Riak wajah Deja yang ingin menangis bertukar gembira apabila terkejut melihat rupa-rupanya semua adik beradik dan ayahnya datang untuk sambutan itu.

Mula-Mula Deja Nak Nangis…

birthday di parking lot hospital

Walaupun mereka menyambut ulang tahun berkenaan dalam keadaaan sederhana, rasa dan memori yang dikandung pada malam itu akan diingat kerana ia merupakan antara memori yang indah bagi mereka.

birthday di parking lot hospital

@bondaumirahtaib Harap anak6 faham, bahagia itu sederhana❤️ . #bondaayahparenting ♬ original sound – Umirah Taib

Meninjau ruangan komen, ramai orang ramai turut gembira dan terharu dengan kisah yang dikongsikan itu. Menyambut birthday di parking lot hospital dilihat hal yang kecil tetapi nilai memori yang terkandung tidak dapat dibeli dengan wang ringgit

“Sejuk hati aku tengok mak bapak macam ni. Ramai anak yatim piatu yang impikan mak bapak macam ni. Terima kasih kerana berkongsi,” kata seorang netizen berkenaan kisah itu.

“Ehhh saya saja je tengok video ni. Tapi tiba-tiba air mata turun laju. Happy birthday kakak,” kata netizen lain bernama Ciksue.

“Tiba-Tiba Air Mata Turun”

birthday di parking lot hospital

Melalui kisah yang dikongsi ini, benarlah bukan tempat yang membuat memori itu bertahan, tetapi kenangan bersama yang tersayang bersama keluarga menjadikan ia sungguh berharga sehingga tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Semoga semuanya bahagian bersama yang tersayang di luar sana. Hargailah orang sekeliling ketika masih ada.

Sumber: Bonda Umirah Taib 

Baca juga: “Menangis Tengok Harga..”, Pakcik Lejen Jual Air Kopi Murah, Gadis Ini Terharu Pakcik Layan Macam Ni..

tags: | |