Penekanan dalam menjaga alam sekitar sememangnya harus dididik sejak dari kecil. Ia adalah kesedaran sivik yang penting kerana melibatkan masyarakat umum dan berdampak kepada kehidupan orang lain.
Misalnya, dengan membuang sampah, pencemaran alam akan bersangkut paut kepada flora dan fauna, bukan sahaja manusia kerana kita sememangnya saling menghubung antara satu sama lain.
Bercerita mengenai sampah, semalam Bernama ada melaporkan tentang pembuangan sampah yang begitu mengecewakan orang ramai. Ia berlaku di sebuah program di Terengganu. Menurutnya, pengunjung membuang dan meninggalkan sampah merata-rata. Akibatnya, longgokan sampah begitu banyak ditiinggalkan selepas majlis bersurai.
“Pekerja pembersihan mengutip sampah sarap daripada bekas plastik dipercayai dibuang segelintir pengunjung pada sebuah program permotoran di Kompleks Sukan Gong Badak, Terenggau semalam semasa tinjauan sekitar kawasan tersebut.
“Tepuk dada tanya selera. Perbuatan sedemikian mencerminkan tahap kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kebersihan alam sekitar yang masih belum ‘merdeka’.
“Ini kerana sentiasa mengharapkan pekerja pembersihan mengutip sampah dan sisa makanan serta minuman mereka,” jelas Bernama dalam hantaran bekas makanan dan minuman bersepah di laman Facebooknya.
Bernama juga menambah bahawa sifat mementingkan diri sendiri adalah antara punca sikap pembuangan sampah di merata tempat boleh berlaku dan menyifatkan ia sebagai mentaliti kelas ketiga.
“Jangan pentingkan diri sendiri. Perangai membuang sampah merata adalah mentaliti kelas ketiga,” tambah Bernama.
Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang bersependapat bahawa perkara ini harus dididik sejak dari kecil. Tetapi, jika hal itu sudah dilakukan, di manakah silapnya?
“Sikap. Bukan masalah kenegerian, tetapi sikap orang Malaysia. Masih ada yang tak berubah mengenai kebersihan. Moga ada penguatkuasaan undang-undang yang tegas. Contohilah negara sebelah tambak Johor. Terbaik,” kata seorang netizen berma Mohd Din Dollah.
Selain itu, netizen lain juga turut menyatakan pendapat bahawa penganjur harus memainkan peranan penting berkenaan masalah yang selalu terjadi ini.
“Ini tugas penganjur. Perkara ini biasanya akan terjadi baik apa event sekali pun. Kecuali indoor kerana senang pantau, contoh stadium. Untuk pengalaman di lain event terapkan sifat kerjasama tentang kebersihan terutama event-event besar,” luah Othman Bustani.
Melalui insiden bekas makanan dan minuman bersepah ini, ia dalah isu yang berlaku berkurun lamanya. Ini kerana, sikap individu itu sendiri membentuk masyarakat menjadi begini.
Melihat kepada lokasi kejadian, apa yang lebih menyedihkan, kelihatan juga sampah seperti bekas minuman digantung di ranting-ranting pokok dan celahan dahan.
Apa sebenarnya punca dan isu sehingga perkara ini berlaku? Adakah tong sampah tidak disediakan dengan jumlah yang banyak di sekitar lokasi kejadian?
Ingatlah, masyarakat dan negara yang bertamadun serta maju lahir dari sikap sesebuah rakyat itu sendiri. Ia melibatkan pemikiran individu lalu terbentuknya sikap masyarakat. Sama-sama kita mengubahnya untuk sinar dan harapan yang lebih baik.
Sumber / Gambar: Bernama