Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Mengidam & Sanggup Habiskan RM10 Ribu Untuk Kek 3 Tingkat, Namun Kecewa Hasilnya Tak Setanding Harga

Wanita Mengidam & Sanggup Habiskan RM10 Ribu Untuk Kek 3 Tingkat, Namun Kecewa Hasilnya Tak Setanding Harga

Kategori:
sanggup habiskan RM10 ribu untuk kek 3 tingkat

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini sambutan ketibaan ahli keluarga baharu sudah semakin banyak diadakan. Jika dahulu sambutan ini hanya terkenal di luar negara sahaja namun sekarang rakyat Malaysia sudah banyak menyambutnya. Sambutan ini kebiasaannya adalah untuk mengumumkan jantina bayi yang akan dilahirkan nanti.

Sambutan tersebut juga turut disambut oleh usahawan terkenal yang bernama Cek Yana. Bagi memeriahkan majlis Cek Yana telah menempah 1 biji kek 3 tingkat dengan reka bentuk yang diidamkan berjumlah RM10 ribu.

Namun apa yang mengecewakan wanita ini adalah apabila kek yang ditempah olehnya itu tidak seperti yang diharapkan. Hasil kerja yang dilakukan seperti tidak kemas malah isinya juga seperti rapuh apabila dipotong.

https://www.tiktok.com/@cekyanaofficial/video/7015513785179950363?_d=secCgYIASAHKAESPgo8PYaHBlEFFhrFlN5CnBot7d45nHNm6UbNc6ZfFMi0SHpElJWQ4tXHoKqigY9ngt51h8W9%2F4kZKF9b3k5CGgA%3D&checksum=b83dc665fc6156b170759c289f3da05bb54ff15f80549734e15be7b93813f7eb&language=en&mid=7006611502992050971&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAWY2k3t4eRfOQGQpkI42zzRRH9goL06G4r_JbrIgSes1RP9Q-VoEzms1bPms8r_ul&share_app_id=1180&share_item_id=7015513785179950363&share_link_id=3F30B0EA-D3AF-478F-A17C-4F591C47EA03&source=h5_t&timestamp=1633474771&tt_from=whatsapp&u_code=dbmga91f337i2j&user_id=6815176934750913537&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=whatsapp&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434

@cekyanaofficial😔😔kecewa mcmni korg tgk live ckyna♬ Are you ok? – 龙|•Aѕтяσ乙

Melihat keadaan itu pastinya ia seakan-akan satu pembaziran memandangkan dia telah membelanjakan RM10 ribu untuk majlis kejutan tersebut.

https://www.tiktok.com/@cekyanaofficial/video/7015615999957273883?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=7015513785179950363&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&lang=en&sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434

@cekyanaofficialReply to @suzie_emma06 Alhamdulilah 😊 walaupun spoil tapi tulah ibu pregnant mmg mengidam kek 3 tgkt nk bt mcmmna.. xd rzki😄 ##fyp♬ Can We Kiss Forever? – Kina

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warga TikTok turut terkejut dengan harga kek berkenaan. Malah ada juga yang berasa kesian kepada wanita ini memandangkan kek yang diterima tidak setanding dengan harganya.

Macam tak berbaloi..

Kesiannya kek jadi gitu..

Ada emas ke sampai RM10K..

 

Kesiankan? Wanita ini bukan sahaja rugi malah dia juga turut mengidam kek 3 tingkat tersebut. Malah niatnya juga baik untuk membahagikan kek tersebut kepada anak-anak yatim. Semoga Cek Yana diberikan rezeki yang berlipat ganda selepas ini.

Sumber: TikTok Cekyana Official

Baca juga: Demi Mendapat Keberkatan, Kedai Kek Ini Tidak Menyediakan Lilin Dan Tulisan Ucapan Hari Lahir!

tags: