Kemarau Gula di Kelantan masih terjadi sampai sekarang sehingga ke Negere Terengganu. Dikatakan kerana kilang gula tutup di sebuah kilang di Negeri lain semasa cuti hari raya Aidilfitri menyebabkan ketiadaan gula.
Walaupun sedang tiada gula, gelagat sketsa warga Kelantan ini mencuit hati para netizen sambil memerli kemarau gula di negeri tersebut.
Sketsa ini dikongsikan oleh restorankebaboom di laman media sosial beliau di TikTok. Beliau menunjukkan bahawa kemarau gula di negeri Kelantan sangat terhad dan hanya nilai tertentu sahaja untuk dapatkan gula tersebut.
Terdapat seorang lelaki cuba membeli 1kg gula tersebut dengan wang tunai yang banyak tetapi ditolak mentah-mentah oleh peniaga tersebut.
Seterusnya ada pula seorang lelaki datang ingin membeli gula 1kg dengan membawa geran motor. Terus mata beliau melihat ke tangan lelaki tersebut dan menyuruhnya untuk terus tandatangan.
Namun, ianya hanya dapat dibeli dengan 1kg gula sahaja.
Paling melucukan lagi adalah, lelaki yang ketiga membawa geran tanah lot yang mempunyai keluasan 7 ribu kaki demi 2kg gula. Terus beliau suka dan gembira untuk menerima pertukaran tersebut.
Pelanggan tersebut siap berkata lagi bahawa beliau dapat pergi menunaikan Haji balik hari sahaja.
Macam tu sahaja beliau perli dengan hanya menggunakan sketsa dapat menarik dan mencuit hati netizen.
@restorankebaboom GULA KELANTAN #pondokkebaboom #kamalhussin #Gula
@restorankebaboom GULA KELANTAN #pondokkebaboom #kamalhussin #Gula ♬ original sound – KamalHussin
Meninjau di ruangan komen, ramai yang cuba menawarkan harta mereka kerana mereka sudah lama tidak membeli gula dek kemarau gula.
Namun, ini hanyalah gurauan semata-mata dan tidak perlulah ambil perkara ini serius. Di dalam duka negeri Kelantan kemarau gula, rakyat mereka masih dapat bergurau senda dan hasilkan ‘content’ yang menarik.
Kredit: restorankebaboom