Korek hidung merupakan satu perkara yang mungkin kita anggap menggelikan. Namun menurut Professor Dr Friedrich Bischinger, seorang pakar paru-paru di Privatklinik Hochrum di Innsbruck, individu yang mengorek hidung menggunakan tangan biasanya akan lebih gembira. Bukan itu sahaja badan mereka juga lebih sihat serta lebih baik.
Menurutnya juga, penggunaan tangan untuk mengorek hidung adalah lebih baik kerana jari boleh mencapai kawasan yang tidak boleh dicapai oleh tisu dan sapu tangan. Apabila menggunakan jari, hidung akan menjadi lebih bersih.
Tambah Professor Dr Friedrich Bischinger menerusi laman web Annova, sekiranya kanak-kanak memakan tahi hidung ia dapat menguatkan sistem ketahanan tubuh badan kanak-kanak. Hal tersebut adalah kerana hidung mengumpulkan banyak bakteria dan apabila bakteria ini sampai ke usus, ia akan menolong proses penghadaman.
Menurut beliau lagi, mengorek dan memakan tahi hidung merupakan salah satu kaedah semulajadi untuk meningkatkan ketahanan badan. Lagi pula ia boleh dilakukan tanpa melibatkan apa-apa kos, percuma sahaja. Jika dilihat dari segi perubatan moden, untuk menghasilkan ubat yang boleh meningkatkan ketahanan tubuh adalah agar sukar.
Antara individu yang kerap mengorek hidung adalah kanak-kanak. Namun setelah dewasa, perlakuan tersebut kelihatan agar kotor dan mereka perlu berhenti melakukan perbuatan berkenaan.
Walaubagaimanapun, menurut laman web Hoaxes, kenyataan yang dikeluarkan Professor Dr Friedrich Bischinger mengenai isu mengorek dan memakan tahi hidung ini tidak disertakan dengan jurnal-jurnal perubatan.
Malah beliau juga tidak melakukan eksperimen bagi menyokong kenyataan tersebut. Oleh sebab itu orang ramai dinasihatkan untuk tidak terpengaruh dengan teori ini.